December 13, 2024
Hiburan

Karnival Upin Ipin 2017 Memang Luar Biasa!

Betul, Betul, Betul!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sjehatera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai karnival Upin Ipin yang dijalankan di MAEPS Serdang pada awal cuti persekolah ini.

Bila sebut sahaja Upin dan Ipin, saya yakin semua lapisan masyarakat di Malaysia mengenali susuk anak kecil berdua ini. Mana tidaknya keletah lucu mereka bersama-rakan-rakan memang mencuit hati sesiapa sahaja yang menonton aksi mereka.

Saya juga tidak terkecuali meminati rancangan Upin dan Ipin ini. Walaupun sudah sedikit dewasa, menonton rancangan ini tidak sedikitpun membosankan saya. Selain di Malaysia, saya yakin yang rakan kita dari Indonesia turut mengenali mereka ini.

Ini kerana saya pernah mengalami pengalaman ketika berkunjung ke Indonesia, soalan pertama yang ditanya ketika menaiki Uber di sana adalah,

“Benar Upin dan Ipin itu dari Malaysia?”

Ya, Upin dan Ipin ini merupakan produksi anak tempatan Malaysia yang telah beberapa tahun menghiburkan hati banyak anak-anak kecil. Oleh yang demikian, kali ini mereka mengorak langkah dengan mendekatkan lagi karekter ini dengan anak-anak kita dengan mengadakan Karnival Upin Ipin.

Di karnival ini, anak-anak berpeluang untuk beramah mesra dengan karakter Upin Ipin dan pelbagai lagi karakter kartun yang lain keluaran Les Copaque Production seperti karakter kartun Pada Zaman Dahulu, Puteri dan DaDiDoo.

Pada karnival ini terdapat 2 dewan utama yang digunakan di MAEPS Serdang ini. Di dewan ini terdapat aktivti-aktiviti yang telah dirancang khas untuk disertai oleh para hadiri.

Dewan Utama (Dewan A)
——–
Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
Ultraman Ribut
Puteri Limau
Pada Zaman Dahulu
Upin & Ipin The Musical
dan banyak lagi…
.
Dewan Magik (Dewan C)
——-
Alam Dino
Rumah Opah
Bergambar di Tadika Mesra
Bergambar bersama Ultraman Ribut
Berinteraksi bersama Kak Ros
dan banyak lagi…

Harga tiket masuk untuk kedua-dua dewan ini juga berbaloi.

Jom kita saksikan apa yang terdapat di dalam dewan-dewan ini. Jom!

Karakter dari animasi Puteri
Ruang tamu rumah Upin dan Ipin
Bilik tidur Upin dan Ipin
Kaunter pendaftaran bagi ahli Kelab Upin dan Ipin
Nenek kebayan sedang memanggil anda! Pheww seram..
Ruangan untuk permainan video
Tok Dalang dan Opah
Dinasour pun ada
Wah! Ultraman pun ada ni
Majlis Perasmian Karnival Upin dan Ipin

Pada hari pertama karnival berlangsung, telah diadakan majlis pelancaran yang telah disempurnakan oleh YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri bin Abdul Aziz. 

Majlis pelancaran cukup gilang gemilang dengan ramai anak-anak kecil yang turut serta berada di sisi pentas utama. Yang paling diingati adalah kemuculan karakter dari siri Upin dan Ipin. Memang gamat dan meriah.

Apapun semoga karnival seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan untuk memberikan lagi pengalaman yang menarik buat anak-anak kecil kita.

Jangan lupa ikuti laman sosial Upin Ipin

Facebook : www.facebook.com/upinipinofficial

Instagram : www.instagram.com/upinipinofficial

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Karnival Upin Ipin 2017 Memang Luar Biasa!

  • Kalau anak-anak dapat tahu ni… Mesti excited sangat mereka nak pergi…

    Reply
  • Bagus lah kalau di lihat dari sisi positifnya

    anak anak kita dah ada kartun sendiri

    acuan sendiri

    dulu zaman kita doraemon saja

    Reply
  • Wahh.. jelesnya ramai kawan2 dah pergi sini! Terlepaslah kita. Rugi betul. Kalau ajak famili ni mesti meriah!

    Reply
  • wah..seronoknya..dah terlepas sudah carnival ni. next time wajib join. sangat menarik untuk bawa anak-anak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *