Jom Undi Tempat Makan Kegemaran Anda Untuk Menang JJCM Makan Awards

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai JJCM Makan Awards.

Saya yakin semua daripada kita sudah sedia maklum akan rancangan pengenalan makanan yang paling popular di Malaysia iaitu Jalan Jalan Cari Makan bukan? Saya sendiri sentiasa mengikuti perkembangan rancangan ini kerana ingin mendapatkan maklumat mengenai tempat makan yang best di Malaysia ini. Almaklumlah saya ini pun kaki makan juga. jadi rancangan sebegini banyak memberi inspirasi kepada saya tempat makan yang best. Bila tengok pengacara makan, Ya Allah rasa kecur airliur nak makan sekali.

Berkenaan JJCM Makan Awards ini pula, ianya diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya komuniti penggemar makanan di Lembah Klang untuk mengiktiraf tempat makan yang menarik yang berada di sekitar Lembah Klang ini.

Sebanyak beberapa kategori diperkenalkan dengan mengambil kira menu yang popular dalam kalangan penggemar makanan Malaysia ini. Antara kategori yang dipertandingkan adalah :

  1. Nasi lemak popular
  2. Kuey teow basah popular
  3. Sate popular
  4. Cendol & rojak popular
  5. Ikan bakar popular
  6. Burger kaki lima popular
  7. Nasi kandar popular

Untuk anugerah ini, penilaian untuk pemilihan pemenang ditentukan oleh beberapa aspek permarkahan. Ianya menggunakan format permarkahan 50% undian rakyat Malaysia dan 50% lagi penjurian profesional yang terdiri daripada figura tersohor dunia kulinari tempatan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagi setiap kateogri, senarai pendek calon telah dipilih dengan mengambil kira cadangan yang diberikan oleh pengguna aplikasi JJCM. Daripada cadangan yang diberikan ini, beberapa nama untuk setiap kategori telah dikenal pasti dan disenarai pendek dalam senarai untuk diundi.

Antara makanan enak pilihan rakyat Malaysia di Baan Kanom Jeng, tapi pilihan ini tiada dalam pilihan anugerah JJCM Makan Awards ini ya 🙂

Pemenang bagi anugerah ini bakal membawa pulang trofi eksklusif JJCM Makan Awards dan hadiah wang tunai. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis kemuncak yang bakal diadakan pada bulan Disember nanti. Tak sabarnya saya nak tahu siapakan pemenang yang terbaik dalam kalangan yang terbaik ini.

JJCM Makan Awards ini dilaksanakan di sekitar Lembah Klang sahaja buat edisi kali ini kerana mengambil maklumbalas daripada pengguna. buat masa kini, ramai pengguna aplikasi JJCM adalah dari Lembah Klang. Jika mendapat maklum balas yang lebih memberangsangkan, anugerah ini akan dikembangkan ke seluruh pelusuk Malaysia.

Makluman ringkas mengenai rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM)

Rancangan ini telah bersiaran selama 16 tahun dengan membawakan pelbagai tempat makanan menarik di sekitar Malaysia. Tidak lupa juga beberapa episod ditayangkan mengenai tempat makan halal yang menarik di luar negara seperti di Korea.

Nazrudin Rahman, pengacara semasa JJCM

Sepanjang bersiaran, beberapa pengacara telah mewarnai rancangan ini antaranya Maria Tunku Sabri, Iqram Dinzly, Shiha Zikir, Iqbal Mazlan, Qi Razali dan pengacara sekarang adalah Nazrudin Rahman atapun lebih dikenali sebagai Abang Naz.

Maklumat ringkas mengenai aplikasi JJCM

Aplikasi ini telah diperkenalkan pada penhujung tahun 2015. Setakat ini, lebih 250 ribu pengguna telah memuat turut aplikasi ini dengan memuat naik apa jua komen dan cadangan mengenai tempat makan yang menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi ini bolehlah membaca tulisan saya dipautan ini.

Aplikasi JJCM

Untuk anda yang ingin mengundi tempat makan kegemaran anda bolehlah melayari lama web di bawah:

www.jalanjalancarimakan.com.my

Tarikh undian bermula dari 1 November sehingga 24 November.

p/s: Jangan lupa mengundi ya! 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

8 thoughts on “Jom Undi Tempat Makan Kegemaran Anda Untuk Menang JJCM Makan Awards

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge