October 11, 2024
Food

Segalanya Tentang Makanan di Aplikasi JJCM – Your One Stop Apps For Food

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua aplikasi yang bakal memudahkan urusan hidup anda.

Maka selepas ini, segala kekusutan anda akan terjawab. Soalan-soalan yang selalu berlegar dalam kalangan anda dan semua kawan-kawan anda akan terjawab iaitu soalan seperti,

‘Makan kat mana?”

“Nak makan apa?”

Dengan adanya aplikasi JJCM ini, pastinya ia akan memudahkan anda semua membuat keputusan dalam pemilihan makanan dan tempat makan anda. Apa yang lebih menarik tentang aplikasi JJCM ini adalah dengan pelbagai fungsi yang ada dalamnya akan memudahkan lagi kita untuk memilih tempat makan yang terdekat dengan tempat anda. Dengan fungsi penentuan lokasi, tempat makan yang terdekat dengan anda akan disarankan melalui aplikasi ini.

Pengurus Produk Aplikasi JJCM, Cik Li Ee Kee

Apa yang lebih menariknya tentang aplikasi JJCM ini adalah terdapat fungsi yang terbaru iaitu penawaran diskaun makanan terpilih. Ini adalah dengan kerjasama pihak Offpeak iaitu pembekal tawaran untuk diskaun bagi makanan dalam talian yang popular.

Sesi soal jawab mengenai aplikasi JJCM dan kempen Seringgit Seribu Kebaikan

Boleh dapatkan diskaun dalam apps. Memang terbaik. Mudah dan memudahkan. Selain iitu juga, anda boleh membuat tempahan restoren menerusi aplikasi ini. Tanpa caj tambahan ya! Ya anda membacanya betul, tanpa caj tambahan.

Langkah-Langkah Menggunakan Aplikasi JJCM 

1 – Pilih restoran pilihan anda.
2 – Masukkan nombor telefon anda.
3 – Kemudian, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung.
4 – Seterusnya, anda akan menerima pengesahan tempahan melalui email.

Majlis pelancaran aplikasi JJCM bersama pengacara rancangan JJCM di TV3 iaitu Naz Rahman

Pada majlis perasmian aplikasi JJCM ini, telah dilancarkan juga kempen #SeringgitSeribuKebaikan. Kempen ini dijalankan dengan kerjasama oleh CJWowShop (www.cjwowshop.com.my). Melalui kempen ini, anda boleh menderma serendah RM1 melalui pautan yang disediakan di aplikasi JJCM ini.

Duit yang anda sumbangkan ini akan disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim yang terpilih sepanjang bulan Ramadan nanti. Rumah terpilih ini terletak di Johor dan Terengganu. Wang sumbangan ini akan digunakan untuk pembelian makanan bagi rumah-rumah ini sepanjang bulan puasa nanti.

Disasarkan jumlah sumbangan RM10,000, pihak JJCM optimis berjaya mendapatkan sumbangan tersebut dengan kerjasama kita SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Bersama barisan penaja

Tidak hanya dengan itu, Mamee selaku penaja bersama bersetuju untuk bersama dalam kempen ini. Satu usaha yang bagus dalam menjalankan kempen yang mulia sebegini. Sekarang, giliran kita pula untuk memberi sumbangan. Jom semua!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai JJCM, pihak terlibat dan Kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:

 

Facebook Rasmi Jalan-Jalan Cari Makan
https://www.facebook.com/JJCMTV3/

Instagram Rasmi Jalan-Jalan Cari Makan
https://www.instagram.com/jjcmtv3/

Muat Turun Aplikasi JJCM
IOS – Apple Store

Android – Play Store

Laman Rasmi Offpeak Malaysia
http://offpeak.my/

Laman Rasmi Mamee Double Decker
http://www.mamee.com/

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Segalanya Tentang Makanan di Aplikasi JJCM – Your One Stop Apps For Food

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *