Adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA Untuk Lelaki Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda smeua berada dalam keadaan sihat sejahtera henbdaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda smeua mengenai salah satu jenama produk penjagaan badan yang terkenal iaitu Adidas.

Untuk makluman anda semua, seleksi produk penjagaan badan Adidas pada hari ini telah mempamerkan koleksi terbaharunya dengan pelancaran Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA, satu rangkaian yang diinspirasikan oleh aksi hebat yang penuh dengan suntikan adrenalin seperti yang dilihat dalam perlawanan bola sepak.

Edisi Arena mewakili rangkaian ketiga produk penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA. Ia mengikuti kejayaan hebat kedua-dua Edisi Piala dan Edisi Bintang yang mengutip gabungan hasil jualan melebihi daripada empat juta botol eau de toilette*.

Wangian ini dicipta khas untuk sang juara.

Pengalaman suasana yang unik ketika melangkah memasuki stadium menginspirasi adidas untuk mencipta Edisi Arena wangian yang baharu untuk lelaki dengan aroma haruman oriental yang melambangkan kuasa dan kejayaan. Menjelang bola sepak mula, keseronokan bermula dengan gabungan menyegarkan bergamot, epal dan rosemary yang memberi kesegaran muktamad.

Sepanjang tempoh permainan, satu adunan elegan geranium dan melur ditegaskan dengan ketumbar berempah bagi menghasilkan aroma maskulin yang menyegarkan. Wangian ini dicipta khas untuk sang juara.

Warna bagi koleksi penjagaan badan Adidas edisi terbaru ini diinspirasikan dari Liga Juara-Juara UEFA dengan rekaan koleksi Arena Edition ialah perak kebiruan.

Penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA  yang baharu ini merangkumi:

–     adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit RM32.90

–     adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit RM24.90

–     adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml, harga runcit RM17.90

UEFA 3 Deodoran Semburan Badan

Produk berlesen rasmi Liga Juara-juara UEFA ini  berada di pasaran bermula daripada Februari 2017 dan boleh didapati di pasar raya dan farmasi terkemuka.

Namun, untuk anda semua para pembaca yang saya kasihi,

Saya mempunyai 5 set wangian dan deodorant semburan badan untuk diberika percuma kepada anda yang bertuah.

Untuk memenanginya, anda hanya perlu mengikuti langkah mudah di bawah.

1. Share entri ini di media sosial anda dan nyatakan dalam ruangan komen di bawah

2. ‘Saya ingin mendapatkan seleksi wangian Adidas UEFA3 kerana…..

3. Nyatakan juga nama dan alamat email anda

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Mei 2017. Jom sertainya sekarang.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA Untuk Lelaki Malaysia

  • April 19, 2017 at 6:24 pm
    Permalink

    ‘Saya ingin mendapatkan seleksi wangian Adidas UEFA3 kerana saya akan lebih yakin dan kekal segar sepanjang hari !

    Nama : Khai Artzfar

    Reply
  • April 22, 2017 at 1:42 am
    Permalink

    Saya ingin mendapatkan seleksi wangian Adidas UEFA3 kerana suami saya adalah peminat barangan Adidas, dan wangian ini adalah salah sau wangian kegemaran beliau. Terima kasih Amirnawawi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge