Peluang Istimewa Untuk Pelajar Yang Berminat Dengan Aktiviti Keusahawanan untuk Sertai VEST
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pelajar yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan satu peluang yang terbaik untuk para pelajar di Malaysia.
Semua sedia maklum bahawasanya zaman belajar adalah zaman yang paling penting dalam hidup kita. Di zaman inilah kita akan mendapati pelbagai jenis ilmu untuk dipelajari. Tidak hanya di dalam bilik kuliah, tetapi juga dari aktiviti sampingan yang lain. Saya dulu juga tidak terkecuali dari menceburkan diri dalam aktiviti luar bilik darjah ini.
Melalui aktiviti sebegini, banyak kelebihan yang dapat diperolehi oleh mahasiswa. Ilmu, pengalaman dan yang paling penting adalah wang! Ya, untuk makluman semua, saya semasa zaman belajar telah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Tidak banyak namun cukuplah untuk saya menampung perleanjaan di universiti tanpa mengharapkan bantuan dari ibu bapa di kampung.
Buah fikiran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, program VEST – Varsity Entrepreneurship Skills & Talent 2017 ini dilancarkan
Oleh yang demikian, dari buah fikiran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, program VEST – Varsity Entrepreneurship Skills & Talent 2017 ini dilancarkan. Mensasarkan penyertaan dari universiti di Malaysia, ianya merupakan program yang bakal melahirkan usahawan yang berpengetahuan dalam bidang ini.
Program ini bakal melibatkan 1000 mahasiswa yang terpilih dari 20 Institusi pengajian seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan. Terdapat tawaran hadiah yang menarik untuk dimenangi oleh para peserta, antaranya adalah:
Majlis pelancaran program ini telah diadakan di Dewan Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai Negeri Sembilan.
Cukup meriah dengan kehadiran menteri serta dif-dif kerhormat daripada agensi di bawah KPDNKK. Mahasiswa dari USIM dan universiti sekitar Malaysia juga turut hadir bagi memeriahkan majlis pelancaran ini.
Dalam pelancaran ini juga, speaker iaitu usahawan dan aktor terkenal Fizo Omar memberikan sedikit pendahuluan dan kata-kata motivasi buat mahasiswa yang ingin menyertai VEST ini. Sedikit sebanyak tips dan panduan diharapkan agar dapat membuka lagi minda para mahasiswa mengenai aktiviti keusahawanan ini.
Terdapat beberapa tawaran istimewa bagi bahasiswa yang diberikan oleh pihak KPDNKK bagi merancakkan lagi penyertaan dalam bidang keusahawanan.
Antara peluang yang ditawarkan untuk mahasiswa adalah :
-
Peluang mendaftar perniagaan melalui SSM secara PERCUMA melalui Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan
-
Peluang untuk membuka akaun syarikat perniagaan dengan Bank Rakyat tanpa pencadang. Cuma RM100 untuk pendaftaran
-
Peluang mendaftar hak cipta/logo perniagaan melalui MyIPO secara PERCUMA
-
Peluang mendaftar koperasi melalui SKM
-
Peluang pembiayaan perniagaan melalui PNS
Bestnya program macam ni..
GAPROF pun ada buat pertandingan idea perniagaan.. tapi penyertaan terhad anak-anak Felda sahaja.. hadianya pula RM100 ribu untuk pemenang tempat pertama..