March 23, 2025
Food

Bufet Ramadan Bercitarasa Kampung di Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budimasn sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai menu bufet Ramadan yang disediakan oleh pihak Swiss Garden hotel & Residences Kuala Lumpur

Pada ramadan kali ini, pihak Swiss-Garden Hotel & Residences akan menyediakan sajian  “Citarasa Kampung”  bermula dari  27 Mei hingga 24 Jun 2017. Bufet ramadan ini akan disajikan di Flavors Restaurant  yang terletak pada Aras 1 hotel.

Para pengunjung boleh menikmati lebih 100 juadah pada harga hanya RM188 net untuk dewasa. Namun untuk anda yang membuat tempahan awal dengan pembelian baucer, hanya RM70 sahaja untuk dewasa dan RM35 sahaja untuk kanak-kanak. Tempoh pembelian sah sehingga 26 Mei.

“Citarasa Kampung”  ini menampilkan  Chef Yusoff Salleh, sebagai tukang masak utama bagi penyediaan sajian ini. Berpengalaman luas dalam penyediaan masakan Melayu, Chef Yusoff akan menambat hati anda dengan airtangan beliau nanti.

Sajian yang disediakan di sini adalah antaranya  “Nasi Kerabu”, “Gulai Tulang Rusuk Lembu”, “Ikan Patin Masak Tempoyak”, “Asam Pedas Melaka “Sambal Udang Petai”, “Kerabu Tembikai”, “Bubur Lambuk Burung Unfa”, “Rendang Tok dan  “Puyuh Goreng Berempah”.

Gerai gerai yang menyediakan makanan seperti  Arabic Roasted Lamb. Chicken Shawarma, Noodie Stall (Curry Noodle, Asam Laksa and Soup Noodle), Nasi Bukhari, Grilled Fish dan “Ayam Goreng Berempah” juga disediakan

Selain itu juga, disediakan pelbagai manisan enak untuk anda nikmati ketika berbuka puasa. Antaranya adalah kuih tradisional Melayu dan pencuci mulut yang lain. Pastinya anda tidak akan melepaskannya.

Untuk tempahan ( atau pembelian baucer Bufet Ramadan), sila hubungi  +03-27851190 atau email kepada faizal.daud@shrkl.swissgarden.com.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Bufet Ramadan Bercitarasa Kampung di Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur

  • Lapar terus perut LeYa bila tengok gambar makanan ni.. Adeh!! Boleh lari diet macam ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *