Syahadah Memasuki Musim ke 12 Bertemakan “Raikan Nur Islam”.
Assalamualakum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknyta. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan ada semua mengenai rancangan dokumentari Syahadah.
Untuk makluman semua, rancangan Syahadah ini sudah memasuki tahun ke 12 penerbitannya. Kalau dahulu saya selalu menonton rancangan ini di saluran RTM 1 sebelum berbuka puasa. Rancangan Syahadah ini diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari (UMD) RTM.
Untuk musim pada kali ini, Syahadah bakal memaparkan keindahan Islam di Maghribi dan asimilasi budaya saudara baru kita (mualaf) di Malaysia. Untuk makluman semua, rancangan ini bakal diterbitkan sebanyak 30 episod dan bakal menemui penonton bermula 25 Mei depan.
Rancangan ini dibahagikan sebanyak 15 episod yang memaparkan kisah mualaf di Malaysia dan 15 episod lagi akan memaparkan kisah berkenaan Maghribi. Bagi episod di Malaysia, Syahadah berkongsi suka duka kehidupan ikon dakwah saudara kita iaitu Ustaz Mohd Farid Ravi, Ustaz Fiordaus Wong atau lebih dikenali sebagai Bro Firdaus, Adam Corrie dan Muhamad Roger Arnold.
Selain itu juga, akan dipaparkan kisah mengenai keunikan senibina masjid di Malaysia. Antaranya adalah masjid Zahir di Kedah, Masjid Cina di Melaka dan Masjid India di Kuala Lumpur..
Syahadah pada kali ini juga bakal menyiarkan mengenai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang membantu umat Islam yang kurang bernasib baik untuk mereka meneruskan survival kehidupan harian mereka. Antara NGO yang bakal diketengahkan adalah EZ Qurban, Persatuan Orang Buta Malaysia, Islamic Relief dan Aman Palestin.
Bagi 15 episod di Maghribi pula, Syahadah akan memberikan tumpuan kepada kehidupan harian rakyat Maghribi yang kurang mendapat pendedahan di negara ini. Antara bingkisan yang bakal disediakan dari Maghribi adalah bagaimana kedutaan Malaysia di Rabat menjadi ejen kepada kedua buah negara iaitu Malaysia dan Maghribi dalam menjaliankan hubungan 2 hala dalam pelbagai dimensi.
Kelainan pada Syahadah kali ini adalah disiarkan bagaimana keadaan umat Islam di Maghribi menjalani ibadah puasa mereka, keunikan seni dan budaya mereka seperti seni binaan masjid, bangunan lama, menara, kota, makanan muzik, dan persembahan tradisi.
Rancangan Syahadah pada musim ini juga telah menerima beberapa tajaan dalam menjayakan program ini. Antara penaja yang sudi menaja program ini adalah EZ Group yang diwakili oleh Syarikat EZ Qurban, EZ Kembara, Ainon Karman dan Asianic. Satu majlis penyerahan tajaan telah diadakan pada baru-baru ini di Angkasapuri Kuala Lumpur.
Tajaan kos produksi adalah sebanyak RM200,000 daripada EZ Group dan EX Qurban. Manakala tajaan hadiah kuiz adalah dari EZ Group Ainon Karman dan Asianic.
Jangan lupa untuk saksikan program Syahdah di saluran RTM TV1 dan TV2. Bagi TV1, ianya ditayangkan pada 6.30 petang, 9.30 malam dan 5.30 pagi. Manakala di TV 2 pula pada 7 malam dan 10 malam.
Ok.. Noted tentang program Syahdah ni..
In Shaa Allah kalau ada kesempatan boleh tengok..