Kurta Raya 2017 Daripada Cirgaro Apparel
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai koleksi Kurta Raya untuk 2107 daripada Cirgaro Apparel.
Setiap kali raya, pasti kita tercari cari apakah pakaian yang sesuai unutk kita kaum lelaki ini. Kalau wanita semua sedia maklum bahawasanya memang terdapat pelbagai pilihan untuk mereka di hari lebaran, tapi bagi lelaki agak limited sedikit pilihannya. Baju Melayu adalah option yang biasa kita pilih untuk lebaran.
Namun trend telah berubah tahun demi tahun. Kurta pula menjadi pilihan bagi kaum lelaki untuk digayakan pada hari lebaran. Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai koleksi kurta yang wujud. Namun, bagi Cirgaro, kurta yang dihasilkan mereka sentiasa malar segar. Sentiasa mendapat tempat dihati peminat kurta.
Untuk makluman semua juga, Cirgaro ini merupakan antara pengeluar kurta yang popular di Malaysia. Mana tidaknya, tahun lepas kurta keluaran mereka telah menjadi tular dalam media sosial dan jualan yang diterima amatlah menggalakan. Kurta yang dimaksudkan adalah kurta Bangsawan.
Saya sendiri secara tidak sengaja telah berkunjung ke butik mereka di Plaza Masalam Shah Alam pada hujung minggu yang lepas. Melihat koleksi yang ada dalam butik mereka membuatkan saya rambang mata. Mana tidaknya, semua koleksi yang ada di sini cukup cantik dan menarik.
Kurta yang dijual oleh pihak Cirgaro ini memang sesuai dipakai di Malaysia. Jenis kain dan design yang dicipta oleh pihak mereka disesuaikan dengan keadaan cuacadi Malaysia dan trend terkini kurta. Jadi design yang diterbitkan oleh pihak mereka ini akan sentiasa mendapat perhatian.
Berbalik kepada jenis kain yang digunakan, Cirgaro menggunakan kain jenis kapas yang berkualiti tinggi daripada Korea. Hanya yang terbaik sahaja yang digunakan oleh pihak mereka. Zip yang digunakan juga berkualiti tinggi iaitu dari jenis YKK JAPAN BRASS. Zip sebegini dapat dilihat pada pakaian berjenama antarabangsa contohnya Levis. Jadi anda boleh bayangkanlah sendiri kualiti bagi Cirgaro ini.
Sebenarnya hari demi hari, penerimaan bagi kurta ini semakin meluas dalam kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, kurta sudah boleh dipakai bila-bila masa sahaja. Kurta sekarang tidak hanya untuk warga Pakistan mahupun India. Ianya sudah diterima meluas oleh kita di Malaysia. Sebabnya ia cukup mudah dan praktikal untuk dipakai.
Koleksi bagi kurta Cirgaro juga banyak. Antara koleksi mereka adalah Kurta Uno, Kurta Safari, Kurta Bangsawan dan Kurta Neo.
Saya sendiri telah mencuba untuk memakai kurta Cirgaro ini. Apa yang boleh saya katakan ianya cukup selesa dan memang terasa nyaman sekali. Kainya juga sejuk dan sesuai dengan keadaan kita di bumi Malaysia ini.
Ingin dimaklumkan juga bahawasanya di butik Cirgaro ini juga terdapat pakaian wanita. Jadi bagi yang ingin sedondon di hari raya itu bolehlah berkunjung ke sini. Banyak pilihan yang disediakan pada harga yang berpatutan.
Cantik koleksi-koleksi Kurta yang dikeluarkan oleh Cirgaro.. sesuai dipakai oleh golongan remaja dan belia pada hari raya nanti..