October 7, 2024
Food

Straits & Arabian Bazaar di VE Hotel & Residence Bangsar South Semperna Ramadan 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budimasn sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai menu bufet Ramadan yang disediakan oleh pihak VE Hotel & Residence yang terletak di Bangsar South ini.

Untuk makluman anda semua, hotel ini amatlah baru. Ianya baru sahaja dibuka 11 bulan yang lepas. Segala fasiliti yang ada di sini juga masih baharu. Namun sebaru-baru mereka, juadah yang disediakan semperna Ramadan nanti tidak kurang hebatnya.

Saya bersama rakan telah pergi untuk menikmati sendiri juadah yang bakal disediakan nanti. Kiranya  macam preview dahulu hidangan tersebut. Jadi di sini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai makanan yang disediakan sepanjang Ramadan nanti.

Untuk makluman semua, bufet Ramadan di VE Hotel pada kali ini bertemakan Arab dan juga diselitkan hidangan asli Malaysia. Tak lengkap rasanya makan berbuka puasa tanpa makanan asli kita kan?

Berikut adalah antara makanan yang bakal disajikan sepanjang bulan puasa nanti. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang disediakan mengikut jenis iaitu, pembuka mulut, sajian utama, ulam-ulaman, salad, sup, dan pelbagai lagi.

 

Tidak lupa juga pelbagai gerai yang lainya yang turut menyajikan makanan yang serba enak untuk para pelanggan.

Antaranya gerai:

  1. Gerai Bakar-Bakar

  2. Gerai Aneka Satay

  3. Gerai Kambing Golek dan Ayam Golek

  4. Shawarma Corner

  5. Roti Corner

  6. Kampung Corner

  7. Dessert Corner

  8. Aneka Air

Untuk makluman anda semua, sajian ini akan dihiudangkan secara giliran. Ini adalah untuk memastikan lebih variasi dalam hidangan mereka. Selain itu juga, ia akan memberikan pengalaman berbeza buat pelanggan mereka nanti.

Bermula pada 29 Mei sehingga 5 Jun, hanya RM98 untuk dewasa “Early Bird Savings”.

Bermula pada 6 Jun dan seterusnya, buat tempahan dan bayar sebelum 15 Mei 2017 bagi
menikmati potongan harga sebanyak 20%:

a. Harga biasa RM128 bagi dewasa
b. Set Muhibbah Dome (hidangan untuk 10 orang sahaja) berharga RM1,288 atau
RM1,588 semeja

Untuk maklumat lanjut dan tempahan bolehlah menghubungi pihak VE Hotel & Residence seperti di bawah.

V E Hotel & Resince

No 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South City,

59200 Kuala Lumpur,

Malaysia

Telefon: +603-22462888

www.vehotel.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *