December 11, 2024
Travel

#amirtravel: Air Terjun Pandan Kuantan Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang budiman sekalian.Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai air terjun Pandan ataupun juga dikenali sebagai air terjun Panching oleh penduduk tempatan.

Untuk makluman semua air terjun ini berada di Kuantan. Bukan betul-betul di tengah bandar namun agak jauh juga la. Dalam 20 minit kalau dari bandar. Sebelum ini saya telah kongsikan enti tentang air terjun pancing ini. Perkongsian tersebut adalah sebelum tempat ini dilakukan renovasi (klik di sini). Kali ini saya akan kongsikan selepas renovasi.

wpid-img_20150512_110246.jpg

Untuk makluman semua, Airterjun Sungai Pandan ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Dan ianya ditutup pada hari RABU. Pastikan anda pergi bukan pada hari Rabu. Jika tidak memang anda tidak dapat masuk la. Memang tutup sepenuhnya pada hari Rabu. Jangan buang masa anda pergi pada hari ini.

wpid-img-20150512-wa0006_wm.jpg

wpid-img-20150512-wa0037_wm.jpg

wpid-img-20150512-wa0033_wm.jpg

wpid-img-20150512-wa0018_wm.jpg

Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM2 untuk setiap orang. Tak kita la tua atau muda, lelaki atau wanita. Bayaran RM2 ini adalah untuk program pemuliharaan alam sekitar di kawasan Sungai Pandan ini.

Disini juga disediakan kawasan tapak perkhemahan, tapi saya tidak pasti akan berapa bayaran yang dikenakan. Mungkin anda obleh bertanyakan pada pihak yang berkenaan.

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Sri Panching Timur Sdn Bhd di talian 09-5177477 atau 016-9224777.

 

AM: Banyak juga pelancong asing yang berkunjung ke tempat ini.

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “#amirtravel: Air Terjun Pandan Kuantan Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *