#amirtravel: Air Terjun Pancing Kuantan Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ini kita kembali lagi dalam segmen #amirtravel. Kali ini saya ingin membawa anda meneroka ke tempat peranginan yang ada di sekitar Pahang. Tempat bertuah yang saya ingin review kali ini adalah Air Terjun Pancing yang berada di Kuantan Pahang.

Air terjun ini teramatlah dekat dengan bandar Pahang. Dengan menggunakan kereta, anda mampu sampai ke sini dalam masa 30 minit sahaja dari bandar Kuantan. Jadi jika anda berkunjung ke Kuantan, jangan lupa untuk singgah ke sini sambil menikmati air dan udara yang segar.

Bayaran masuk pula dikenakan RM2 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di kawasan peranginan ini. Chalet, Surau dan pelbagai lagi ada disediakan untuk anda. Sememangnya tempat ini sesuai untuk anda beristirehat bersama keluarga bagi melepaskan tekanan kerja.

Saya berpeluang berkunjung ke sini pada cuti Hari Malaysia yang lepas. Penuh! Itulah yang dapat saya gambarkan disekitar tempat ini. Semua bangsa di Malaysia ada. Cina, India, Melayu, kaum peribumi dan tidak lupa juga pelancong asing. Sesiapa yang datang ke Pahang, jangan lupa berkunjung ke tempat ini.

Berikut adalah gambar yang sempat saya ambil semasa berkunjung ke sana.

Dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang pada hari biasa dan 9pagi hingga 6petang pada hujung minggu dan cuti umum
Pandangan awal ketika baru sampai
Agak ramai. Tempat mandi untuk kanak-kanak
Menghampiri ke air terjun
Seindah mata memandang, sejuk lagi badan yang merasanya..hehe
Yeah! My friends.. Me? Tukang ambil gambar daaa

Itu sahaja dulu untuk segmen #amirtravel kali ini. Lain kali saya akan membawa anda meneroka seluruh Malaysia ini. Selamat bercuti semua!

AM: Teringin nak ke Gambang Waterpark. Dah 2 tahun lebih berada di Gambang tapi tak pernah pula menjejakkan kaki ke Gambang Waterpark..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

6 thoughts on “#amirtravel: Air Terjun Pancing Kuantan Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge