Bersediakah Anda Dengan 12.12?
Salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi.com sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Bulan Disember sudah menjelma dan itu tandanya tahun 2015 sudah sampai ke penghujungnya. Semoga apa yang diimpikan pada tahun ini tercapai jua hendaknya.
Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai 12.12. Apa itu 12.12? Ia adalah tarikh keramat yang sememangnya dinantikan ooleh semua warga maya. Tak kiralah di Malaysia ataupun di seluruh dunia amnya. 12 Disember adalah tarikh penamat bagi kempen Online Revolution. Apa itu Online Revolution? Online Revolution adalah kempen yang dilancarkan oleh para website online untuk melariskan barangan jualan mereka. Kiranya pada tarikh ini, diskaun akan diberikan dengan banyak kepada pembeli. Ada sehingga 90%!
Daripada pembacaan saya mengenai hal ini, tahukah anda yang pada tahun lepas, pada tarikh 12.12.2014, seramai lebih 30 juta pengunjung telah melawati laman web Lazada ini. Ini bermakna, kalau diikutkan dengan populasi rakyat Malaysia, kesemua rakyat Malaysia melayari laman web Lazada ini! Wah, ini sudah mencapai satu tahap bahawa online shopping sudah diterima oleh kesemua rakyat Malaysia.
Bila bercakap mengenai online shopping ini, tidak dinafikan saya juga merupakan salah seorang pembeli tegar kepada barangan online. Dan sasaran utama saya adalah Lazada! Oh! Kenapakah mesti Lazada? Ini kerana di Lazada terdapat pelbagai pilihan barangan dari sekecil-kecil barang sehinggalah kepada sebesar-besar barang. Saya pernah beli kamera, gadget, baju, kasut, hatta barangan kesihatan di situ.
Bulan lepas sahaja 3 transaksi yang telah saya lakukan di sana. Menarik bukan?

Ada tarikh menarik … 12/12 … boleh save dalam reminder..
Save jangan tak save bro. Memang berbaloi baloi
tengah pilih barang yang berkenan,
Pilih pilih, nanti 12.12 boleh tekan butang buy