December 9, 2024
Lain-Lain

Koleksi Jam Tangan G-Shock di ZALORA

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog dikasihi sekalian. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai koleksi jam tangan G-Shock di Zalora. Semua sudah sedia maklum akan laman web membeli belah popular iaitu Zalora dan jam tangan  G-shock dari Jepun ini.A011_C007_0820BETidak dinafikan Jepun sering mengeluarkan produk yang terbaik dan berkualiti tinggi. Salah satunya adalah jenama jam tangan popular iaitu G-Shock. Jenama ini bukanlah jenama yang baru menembusi pasaran antarabangsa, malah sehingga kini koleksi jam tangan G-Shock boleh kita temui di seluruh dunia. Walaupun kini terdapat banyak jenama yang juga turut mengeluarkan koleksi jam tangan outdoor seperti G-Shock, namun jenama ini terus berdiri kukuh dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan sepanjang musim

zalora g-shock2

Bagi penggemar aktiviti outdoor khususnya, koleksi jam tangan G-Shock terbukti tahan lasak dan amat sesuai dijadikan sebagai aksesori utama. Ciri-ciri khas jam tangan ini yang direka dengan ketahanan yang jitu menjadikan ia tahan hentakkan dan tidak mudah retak.

zalora g-shock3

Bukan itu sahaja, jam tangan G-Shock direka dengan fungsi kalis air yang membolehkan anda melalukan aktiviti sukan air dengan mudah. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa yang lain seperti stopwatch, alarm, dan lain-lain lagi yang menjadikan ia menjadi pilihan utama ramai ahli sukan.

zalora g-shock4

Kini, koleksi jam tangan G-Shock ini bukan sahaja anda boleh temui di butik-butik G-Shock berdekatan anda, malah boleh anda miliki secara online di portal-portal online seperti ZALORA Malaysia. Di ZALORA, anda boleh menikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah anda dan juga pulangan secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Miliki koleksi jam tangan G-Shock online hari ini juga!

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Koleksi Jam Tangan G-Shock di ZALORA

  • Dah sambar sebijik. Model Casio G Shock DW5600SL-1DR. Harga pun menawan. Alhamdullilah sampai cepat dan berpuas hati.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *