December 9, 2024
Lain-Lain

Beruntungnya Pesawah Zaman Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda sedikit sebanyak tentang pesawah zaman sekarang.

Saya dibesarkan dalam keluarga pesawah dan saya sendiri memahami perit jerih pesawah dalam menjalani kehidupan harian. Membanting tulang dalam menanam padi untuk menyara kehidupan keluarga. Saya masih ingat lagi sewaktu darjah 3 pada tahun 2000 yang lalu saya mengikut abah ke bendang untuk membetulkan batas bendang tatkala hujan turun dengan lebat.

Dengan kilat bertendum di langit sambil awan mencurahkan airnya, abah membetulkan batas dan membuat aliran air supaya air tidak bertakung sehingga boleh memusnahkan benih padi yang baru sahaja ditabur. Itulah antara memori yang saya ingat hingga kini.

Pesawah Zaman Sekarang

Zaman sekarang tidak kurang juga hebatnya dalam penanaman padi ini. Terdapat pelbagai cabaran dan onak terpaksa dilalui oleh pesawah sebelum padi yang ditanam dapat membuahkan hasil. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan pesawah sekarang, saya telah berkunjung ke negeri Kedah, negeri Jelapang Padi Malaysia untuk bertemu pesawah-pesawah yang masih membanting tulang di bendang ini.

Encik Salleh Harun
Tuan Haji Harun bin Taib (Pak Tam)

Saya telah menemui Pakcik Salleh Harun dan Tuan Haji Harun bin Taib ataupun lebih dikenali sebagai Pak Tam. banyak yang telah mereka kongsikan sepanjang menjadi pesawah ini. Bagaimana getirnya mereka dahulu dalam penanaman padi. Jika dahulu, bermula dari awal lagi para pesawah terpaksa membeli benih padi dengan harga yang agak mahal dengan duit sendiri.

Kami tekun mendengar penerangan Pak Tam berkaitan hal ehwal padi

Setelah itu, baja, racun dan sebagainya terpaksa dibeli menggunakan wang poket sendiri mereka yang sudah tidak berapa banyak ketika itu. Tidak hanya dengan itu, penanaman padi juga begitu rumit ataupun ‘manja’ kerana terpaksa diberikan perhatian sepenuhnya sehingga padi dituai.

Pak Cik Salleh Harun menerangkan secara terperinci kepada kami mengenai racun padi

Namun kini katanya, pelbagai bantuan kerajaan telah diberikan sehingga subsidi biji benih, baja dan racun juga diberikan. Tunjuk ajar tentang penjagaan padi oleh MADA juga diberikan agar hasil padi yang optimum dapat dihasilkan.

Ya, apa juga pekerjaan yang dilakukan akan menghadapi halangan dan cabaran. Pekara tersebut juga dilalui oleh para pesawah ini. Ancaman makhluk perosak seperti serangga bena perang, siput gondang merah  dan masalah padi angin antara yang menghantui para pesawah. Namun pekara tersebut dapat dihadapi sebaiknya dengan tunjuk ajar daripada pihak MADA.

Selain itu juga, harga padi pada zaman sekarang juga meningkat daripada dulu. Apa yang lebih menariknya, subsidi kerajaan juga diberikan kepada penjualan padi. Sekarang harga padi bagi satu tan adalah RM1200, namun kerajaan menambah pula RM300 kepada harga tadi menjadikan harga padi sekarang RM1500 untuk satu tan. Ini memberikan kelegaan kepada golongan pesawah.

Bergambar kenang-kenangan bersama Pak Tam dan juga isteri

Oleh yang demikian, taraf hidup para pesawah zaman sekarang tidak seperti dulu lagi. Sekarang mereka boleh menarik nafas lega dengan segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

Pak Cik Salleh di hadapan rumahnya
Bantuan Khas Kepada Pesawah

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak melupakan golongan ini pada bajet yang diumumkan untuk tahun ini. Jika sebelum ini para penoreh, nelayan dan peneroka mendapat manfaat daripada pengumuman bajet kerajaan, namun kali ini golongan pesawah tidak dilupakan oleh Perdana Menteri.

Bantuan khas sebanyak RM600 kepada pesawah sementara menunggu padi masak sememangnya dinantikan oleh mereka. Mana tidaknya kerana sebelum ini, pendapatan mereka agak terhad tatkala menunggu masaknya padi. 3 bulanlah mereka tanpa pendapatan.

Namun dengan bantuan sebanyak RM200 sebulan ini sekurangnya dapatlah mereka menggunakan wang tersebut untuk menyara sedikit sebanyak kehidupan harian sebelum padi dapat dituai. Walaupun tidak banyak, namun diharap dapat membantu sedikit sebanyak dalam menyara kehidupan seharian mereka.

Jualan murah yang dijalankan untuk sedikit sebanyak membantu golongan sasar

Sejujurnya banyak jasa pesawah kepada negara. Tanpa mereka tiadalah nasi yang menjadi makanan ruji kita sehari-hari ini. Mereka membanting tulang dan tenaga untuk memastikan bekalan beras negara mencukupi untuk kita semua.

Jadi, buat anda semua hargailah setiap butir nasi yang masuk ke dalam mulut kita kerana ianya datang dari titik peluh para pesawah sekalian. Elakkan pembaziran dan berjimat cermatlah.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

42 thoughts on “Beruntungnya Pesawah Zaman Sekarang

  • Bagus juga kerajaan ambil pendekatan ni. Kesian selama ni pesawah berpenat lelah, tapi hasilnya tak seberapa sebab semua modal keluar sendiri.

    Reply
    • Ya. Semoga dengan bantuan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mereka seadanya.

      Reply
  • Tertiba rasa nak jadi pesawah…. Tapi kalau ikutkan, permintaan beras dekat Malaysia masih terlalu tinggi… Memang perlukan ramai pesawah untuk keluarkan padi yang mencukupi setiap tahun.

    Reply
    • Betul tu. Tapi tak ramai yang berminat. Sebab agak rumit. Tapi sebenarnya berbaloi

      Reply
  • Sincerely appreciate those pesawah… Without them where we got rice to eat right. Hope more funds go to them to enlighten their income…

    Reply
    • Yes. Semoga dengan bantuan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mereka seadanya.

      Reply
  • Alhamdulillah dengan bantuan ni para pesawah dapat menggunakan sebelum padi masak. Moga bantuan seperti ini diteruskan supaya para pesawah kita lebih senang. Tiada mereka tiada beras untuk kita.

    Reply
  • Alhamdulillah banyak bantuan dan subsidi diberikan. Sedikit sebanyak dapat membantu para pesawah meringankan dan memudahkan kerja mereka. Pesawah lah kerjanya banyak cabaran.

    Reply
    • Ya. Semoga dengan bantuan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mereka seadanya. 🙂

      Reply
  • Alhamdulillah adanya sokongan dan bantuan khas untuk mereka. Anak-anak sekarang semua dah ter sedia depan mata. Selalu cerita kat anak-anak betapa susahnya nak dapatkan sebutir beras. Kalau makan kena bagi licin pinggan. Jangan ada nasi yang tertinggal. Hehehe

    Reply
    • Itulah. Kens didik anak anak kita supaya menghargai setiap beras yang ada. Jangan membazir

      Reply
  • Alhamdulillah, kerajaan prihatin kebajikan pesawah kat Malaysia ni. peranan diorang besar sangat kan sebenarnya. setiap hari kita makan nasi, tanpa diorang kita mesti lapar nasi.. hehe

    Reply
    • Ya. Semoga dengan bantuan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mereka seadanya.
      Kerajaan cukup prihatin

      Reply
  • Memang beruntung jadi pesawah, walau kerjaya mereka terlalu besar dugaan tetapi golongan pesawah sentiasa mendapat perhatian dan bantuan yang boleh meringankan beban mereka..salute dengan ketabahan dan semangat mereka demi bangsa dan negara..

    Reply
    • Ya. Semoga dengan bantuan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mereka seadanya.

      Terima kasih kerajaan.

      Reply
  • kemain masuk rumah org! awak ni YB ke? sebutir beras tu ibarat sepluh titik peluh petani kan?

    Reply
  • Sebab tulah kita jangan membazir walaupon sebutir nasi. Sebab sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. Eh kesituuu pulak. Skrg mmg mudah. Dgn banyaknya agensi2 seperti MADA dalam membantu pesawah2 skrg

    Reply
    • Ya jangan membazir nasi. Hehe.

      Semoga dengan bantuan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mereka seadanya.

      Reply
  • Saya sendiri lihat proses penanaman padi, tak semudah yang disangka. Kadang-kadang kalau hujan berlarutan, padi boleh rosak. Air kering pun tak menjadi juga. Jadi, pesawah sememangnya layak mendapat bantuan sebegini.

    Reply
  • Baguslah nasib pesawah sudah terbela sekarang. Memang dorang layak dapat bantuan. Pekerjaan sebagai pesawah ini tidak mudah yang disangka. KIta nampak senang je sebab berlari selfie kat sawah ni.

    Reply
    • Ya. Semoga dengan bantuan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mereka seadanya.

      Selfie memang senang..hahaha
      Tapi cantik. Eh?

      Reply
  • alhamdulillah memang beruntung pesawah zaman sekarang..banyak bantuan yang disalurkan..semoga 150 juta tue digunakan dengan sebaiknya untuk kebaikan generasi pesawah

    Reply
    • Ya. Semoga dengan bantuan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mereka seadanya. Amin

      Reply
  • Patutlah Amir nak jadi pesawah sekarang hehehe ada bantuan ini. Tapi betul kerajaan sekarang perihatin pada orang kampung dan juga para petani banyak dapat bantuan…..

    Reply
  • This is one backbone industry of the country. Lucky of you to get to speak to some of the pesawah. Being a son of one yourself, you surely know first hand their hardships! Tabek.

    Reply
  • Bila ada platform macam ni baru kita nampak peranan sawah membanting tulang setiap hr tu mcm mana. Mereka mmg perlu sibela nasib. Bgs juga bila kerajaan dah mula prihatin

    Reply
    • Kerajaan memang sentiasa prihatin terhadap golongan seperti ini. Mereka sentiasa berada dalam radar bantuan.

      Reply
  • liezpernah dudukdi alor setar dan tengok mcm mn pesawah bekerja setiap hari.. tgh panasterik ubtuk dapatkan sesuap nasi.. tapi sekarang alhamdulillah.. ada bantuan yang meringankan beban diaorg utk bersawah

    Reply
  • Wah sempat la kan korang jimpa najib. Bertuahnya badan.

    Reply
  • Wowwww!Beruntung pesawahkan… Sebenarnya disetiap kesenangan kita, ada lagi yang susah demi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Baca kisah Pak Tam perit juga ada.. tapi deme kuat! Moga deme terus kuat!

    Reply
    • Ya. Semoga dengan bantuan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mereka seadanya.

      Jangan membazir nasi ya.

      Reply
  • Alhamdulillah. Terbela juga nasib pesawah kita. Nampak macam senang, tapi kalau hari-hari membanting tulang, susah senang diorang je yang tahu.

    Reply
    • Ya. Kita tak tahu berapa struggle nya mereka seharian.

      Semoga dengan bantuan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mereka seadanya.

      Reply
  • aiseh.

    kawasan rumah takde sawah plak sekarang.

    huhu..

    Reply
  • Harap boleh menarik perhatian pemuda untuk menceburi bidang persawahan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *