November 15, 2024
Travel

Terbang di Sebalik Pepohon Bersama Umgawa Zipline Eco Adventures

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasih sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Umgawa Zipline Eco Adventures.

Buat anda yang gemarkan aktiviti lasak dan ingin mencuba sesuatu yang baharu bolehlah mencuba di Umgawa Zipline Eco Adventures ini. Ini kerana aktiviti ini memang lasak dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang mantap untuk melaluinya.

Kami sudah, anda bila lagi?
Apa Itu Umgawa Zipline Eco Adventures?

Ia adalah aktiviti flying fox ataupun zipline yang melewati beberapa stesen dan melihat keindahan alam semulajadi. Melalui aktiviti ini, anda dikehendaki menggunakan zipline untuk dari satu stesen ke stesen yang lain. Melalui zipline ini, anda akan dapat melihat pelbagai keindahan alam semualajdi yang terdapat disepanjang laluan seperti air terjun Telaga Tujuh.

Antara zipline yang terpanjang. Sayup sayup sahaja bukan?

Selain itu juga anda dapat melihat keindahan laut Andaman dan juga kehijauan Gunung Mat Chinchang dari sini. Dengan bantuan ranger, anda akan lebih memahami flora dan fauna yang terdapat di sini. Memang menarik dan mempesonakan.

Tak pernah buat?

Jangan risau, kerana segala penerangan akan diberikan kepada anda sebelum melakukan aktiviti. Ranger yang baik akan menunjukkan dan menuntun anda sepanjang aktiviti ini berlangsung. Jangan risau langsung! Cuma tenang dan relaks sahaja. Enjoy the trip.

Surat kebenaran menyertai aktiviti
Ranger Farhan memberi penerangan tentang aktiviti dan taklimat keselamatan
Pengalaman Saya

Jujur untuk saya katakan ini adalah pengalaman paling ektrem yang pernah saya lakukan. Selaku orang yang mempunyai fobia terhadap ketinggian, ianya sesuatu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Dari kejauhan
Saya sendiri melalui aktiviti ini. Panjang bukan?
Ya, Ini saya 🙂

Bayangkanlah jika di tingkat 2 bangunan sekalipun saya tidak mampu untuk lihat ke bawah, apatah lagi melakukan aktiviti ini. Namun jangan bimbang kerana dengan kerjasama pasukan yang hebat disamping bantuan daripada ranger menjadikan saya mampu melaksanakan kesemua aktiviti ini tanpa masalah! Terima kasih kepada ranger Farhan dan Kak Sal atas tunjuk ajar yang diberikan.

Harga Umgawa Zipline Eco Adventures

Terdapat 2 harga untuk aktiviti ini mengikut pilihan anda. Ini kerana terdapat laluan yang lebih panjang untuk yang anda inginkan lebih pengalaman yang lebih menarik.

Harganya bermula RM199 dan RM499. Untuk yang berharga RM199, sesuai untuk sesiapa yang kesuntukkan masa namun inginkan pengalaman melakukan aktiviti lasak ini. Ianya mengambil masa lebih kurang satu jam setengah untuk dihabiskan. Saya pasti ianya bakal memberikan pengalaman yang baru untuk anda.

Untuk lebih pengalaman hebat, anda boleh mengambil pakej Big Waterfall Adventure. Ini kerana melalui aktiviti ini anda akan melalui sepanyak 12 zipline dengan ketinggian 80m dan panjang 200m. Memang mencuakkan namun ianya satu pengalaman menarik. Dari sini anda akan dapat melihat Air Terjun Telaga 7.

Tidak hanya zipline, ada juga jambatan gantung yang kami sendiri panggil ‘Titian Harapan’
Ulasan saya

Jujur untuk saya katakan buat anda yang ingin melakukan aktiviti yang baharu dan mencabar diri perlu lakukan aktiviti ini kerana ianya memang memberikan pengalaman yang hebat dalam diri anda. Selain itu anda dapat menikmati keindahan flora dan fauna ibarat burung berterbangan di celahan pepohonan.

Saya kalau diberikan peluang, memang akan buat lagi aktiviti seperti ini. Memang menarik dan mencabar emosi! Rindu nak berUMGAWA lagi!

Untuk anda yang ingin melakukan aktiviti ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

Umgawa Legendary Adventures

Alamat: 7 Wells Waterfall – Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Malaysia

Nombor telefon: +604 950 2828 dan +6013 343 8900

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

18 thoughts on “Terbang di Sebalik Pepohon Bersama Umgawa Zipline Eco Adventures

  • Lain kali please ajak Rawlins sekali ye. Nak merasa gak extreme adventure sebegini. Rawlins suka tau acara mencabar keberanian diri sebegini.

    Reply
  • Macam skytrex kat shah alam pernah pergi tak? Teringin nak g skytrex tu. Tapi tak ada geng. Langkawi ni jauh nak sampai.

    Reply
  • wah. menarik.
    aida ni penakot tau. tapi maybe asben boleh la join aktiviti ni. dia minat sgt.
    then, sayup sgt la. dlm hutan plak tu ha ha ah ha…
    takot!
    kalau ke langkawi, ni boleh jadik satu tarikan.

    Reply
  • Ayoiii takut kita tengok Amir terbang nasib pokok tu mampu tampung hehehe jangan marah gurau jer tapi best dah lama kita tak buat aksi terbang ni last 2015 rasa wakakakkaka…

    Reply
  • Seronoknya amir! Lain kali sila hajak akak k..akak memang suka and rindu aktiviti camni..last ber flying fox masa zaman plkn dulu..tinggi pokok dalam bangunan 2 tingkat je kot..seronok tapi tengok harga gigit jari la..huhu

    Reply
  • Best best ! Aku suka aktiviti sebegini. Aktiviti yg memberi adrenaline rush. Boleh lah terjah tempat nie nanti. Nampak mcm memanggil-manggil suruh dtg je

    Reply
  • Fuhhh takut gila tengok. Hahaha. Kalau orang gayat macam kak ruby bleh naik ke? Ada tips tak? Hahahaha. Lagi tengok gambar Amir. Lagi takmo pergi. Hahahaha. Takuttttt

    Reply
  • Eh… tu bukan flying fox eh? Tak sama ke flying fox dengan zipline ni?
    Kita dulu takut juga nak main, tapi serius bila cuba rasa seronok pula

    Reply
  • OMG….that distance and height!!! I would love to challenge this….it looks like a whole lot of fun…but of course…i can say it confidently now, but i will probably cry when im up there..hahahaha

    Reply
  • Wahhh menarik sangat ni! nak cuba jugaklah kalau ke sini nanti. Saya pulak memang sukakan aktiviti lasak. Lagi-lagi dikelilingi dan dihamparkan dengan pemandangan menghijau macam ni. Fuyyo!

    Reply
  • Alaaa bila tgok gambar2 ni teringin pulak nak naik lagi. Hari tu takut2..tapi skrg bersemangat pulak..hehehe

    Reply
  • Terbang katanyaaa yer. Hehe. Memula baca ingat nama macam kat Zimbabwe gitu. Nak berUMGAWA jugalah dengan ranjer Farhan. Ehhh. Tak tahulah kita berani ke buat benda ni. Rasanya boleh kot sebab suka mencabar diri!

    Reply
  • Jujur baca postingan ini adrenalin saya pun meningkat. Kebayang deh klo melayang dari ketinggian. Jujur lagi aku gak sanggup hehee

    Reply
  • Jujur baca postingan ini adrenalin saya pun meningkat. Kebayang deh klo melayang dari ketinggian. Jujur lagi aku gak sanggup hehee

    Reply
  • Kita suka tengok orang buat aktiviti mcm ni…tapi kita memang tak lah…satu sebab kita ni jenis gayat…pastu suka pikir mcm2…fuhhhh sambil taip ni sambil rasa takut kalau kena tengok bawah tu

    Reply
  • oh my.. this is kinda scary for me. eventhough last time i work with penang escape park.. never will i try the thing.. hahaha.. thats why i always stay in management.. however i still wish one day i can breakthrough all this….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *