Buffet Ramadhan 2022 – Lugar De La Boda, Puchong
Buffet Ramadhan 2022 – Lugar De La Boda, Puchong | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan satu tempat buffet Ramadhan terbaik 2022 iaitu di Lugar De La Boda Puchong.
Tahun ini, Lugar De La Boda, Puchong mengadakan buffet ramadhan dengan bertemakan “Iftar Ramadhan”. Buffet Ramadhan Selangor, Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd ini menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut, pasti buat anda kenyang dan puas hati.
Menu Makanan Utama
Setiap tahun pastinya menu yang disajikan di Lugar De La Boda ini memang dinanti-nantikan. Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menghidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti ‘Ayam Masak Merah’, ‘Ayam Goreng Berempah’, ‘Daging Gulai Kawah’, Ikan Goreng Cili Padi’, ‘Kupang Goreng Pedas’, ‘Sambal Sotong’, ‘Sambal Paru’ dan banyak lagi.
Stall Makanan dan Live Cooking
Selain daripada itu, terdapat 11 stall makanan dan ‘Live Cooking’. Antara menu yang anda wajib cuba adalah ‘Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce’, ‘Roti John Adik Manis’, ‘Char Kuew Tiaw Abang Tanjung’,’Dim Sum Cheng Ho’, ‘Tepanyaki Tokyo’, ‘Noodle Station’, ‘Air Balang Pasar Malam’, ‘ABC Mountain’, ‘Fried Corner’, ‘Ais Krim Corner’ dan ‘Soup Of The Day’.
Menu Pencuci Mulut
Kalau berbuka tanpa pencuci mulut memang tak sah Di sini mereka menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut. Antaranya ‘Bubur Of The Day’, ‘Buah-Buahan Tempatan’, ‘Kuih-Muih Melayu’, Kek, Dadih dan beberapa hidangan lain.
Harga Lugar De La Boda
Bufet Ramadan 2022 di Lugar De La Boda, Puchong akan bermula sepanjang bulan Ramadan 2022 iaitu dari 7 April 2022 hingga 30 April 2022. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :
Dewasa (Seorang) – RM69
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) – RM35
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) – RM35
1 Meja (Maksimum 8 Pax) – RM520
Untuk tempahan, sila hubungi :
016-3111074 – ZURAINI
016-4318434 – LIANA
016-6700473 – SHAIDATUL
016-6700752 – HANIS
016-6700457 – FARAH
016-6700471 – AIDA
Alamat Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong, Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,Lake Vista, 47100 Puchong,Selangor.
Untuk anda yang datang ke sini, jangan bimbang kerana kawasan parkir kenderaan yang luas dan surau dan tandas yang selesa. Pastinya akan menjadikan pengalaman berbuka anda terbaik.