MB App – Pelbagai Tawaran Menarik dari Marrybrown

MB App – Pelbagai Tawaran Menarik dari Marrybrown | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai aplikasi dari Marrybrown iaitu MB App. Pelbagai tawaran hebat dari Marrybrown terdapat dalam aplikasi ini.

Sebenarnya saya perasan tentang aplikasi ini melalui tweet yang viral di twitter. Eh biar betul deal dalam ni hanya bermula dari RM1? Dengan penuh curiosity saya pun download la di Google Play Store.

Download MB app now!
Download MB app now! Tekan gambar untuk memuat turun.

Setelah selesai muat turun, saya isi segala maklumat yang diperlukan. Proses pendaftaran pun cukup mudah. Hanya isi maklumat diri dan nombor telefon sahaja dan selesai.

Selepas itu bolehlah pergi ke bahagian deals dan lihat pelbagai tawaran menarik yang ada di sana. *Setiap tawaran adalah terhad dan diperbaharui setiap hari.

Pilih sahaja deals yang anda inginkan dan tekan redeem.

Kali ini saya nampak berkenaan Marrybrown’s Crispy Chicken Bucket 5pc hanya pada harga RM5. Apa lagi, terus saya tebus deals ini. Tekan sahaja butang Redeem Now tersebut.

Seterusnya saya pergi ke cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian dan tebus secara terus di sana.

Sesampainya di restoran, saya hanya perlu tunjukkan kod kepada petugas dan tarra siap sudah proses penebusan saya. Cukup mudah sahaja prosesnya.

MB app bersama ayam yang telah ditebus
MB app bersama ayam yang telah ditebus

Apa yang lebih menariknya lagi, sesiapa yang memuat turun aplikasi ini akan mendapat seketul Marrybrown’s Crispy Chicken. Anda hanya perlu lihat pada bahagian My Rewards. Saya sudah tebus bahagian saya. Anda pula bagaimana?

Muat turun aplikasi MB sekarang untuk pelbagai lagi tawaran menarik yang disediakan oleh pihak Marrybrown. Cukup mudah dan menyenangkan hidup kita. Dalam aplikasi ini juga terdapat pelbagai pilihan cara untuk anda membuat pesanan. Antara pilihan adalah secara pick-up, dine in dan juga pandu lalu. Ada juga pilihan melalui perkhidmatan p-hailing. Nak tahu lebih lanjut bolehlah anda explore sendiri app ini nanti. Terbaik!

Untuk maklumat lanjut berkenaan Marrybrown, bolehlah mengikuti mana-mana medium seperti di bawah.

FB : @marrybrownmalaysia
Twitter : @MarrybrownMY
Instagram : @MarrybrownMY
Marrybrown website: https://marrybrown.com/

MB app bersama ayam yang telah ditebus oleh saya

Dapatlah saya dan keluarga berbuka bersama dengan Marrybrown pada hari ini. Puas hati betol! Jadi saya kongsikanlah dengan anda semua supaya kita dapat menikmati Marrybrown’s Crispy Chicken bersama-sama. Jangan lupa tebus sekarang ya!

Jangan lupa baca entri lain di amirnawawi.com juga

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.