Citarasa Warisan di PWTC Sempena Ramadan 2019
Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bufet Ramadan yang akan berlangsung di PWTC yang mengenakan tema Citarasa Warisan.
Untuk makluman semua, saban tahun pihak PWTC tidak melepaskan peluang untuk menawarkan lebih 250 juadah untuk sajian berbuka puasa. Tahun ini mereka membawakan tema Citarasa Warisan dalam penyediaan menu mereka.
Bermula dari 8 Mei sehingga 3 Jun 2019, bufet ini akan dibuka dari pukul 6 petang sehingga 10 malam. Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai hidangan hanya dari RM88 untuk dewasa, manakala RM45 untuk kanak-kanak. Bagi warga emas pula, hanya RM75 seorang.
Tidak hanya dengan itu, pihak korporat juga dipelawa untuk mengadakan majlis di sini dengan pakej hanya RM98 sahaja untuk minima tempahan 100 orang. Mereka akan menyediakan segalanya dan anda hanya perlu datang bawa diri.
Bagi memudahkan para pengunjung menunaikan solat, Surau Ar-Rahman terdapat di Aras 3 PWTC ini. Jadi tidak timbul permasalahan untuk menunaikan solat apabila berbuka di sini.
Baiklah untuk menu pada kali ini, pihak chef akan menyediakan pelbagai menu ala kampung setiap hari. Apa yang menariknya, menu akan bertukar saban hari bagi memberikan pengalaman yang berbeza kepada para pengunjung.
Antara menu yang bakal menjentik deria rasa tetamu adalah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.
Antara menu lain yang bakal disajikan adalah 13 jenis ulam-ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas seperti kambing goreng berempah , fried crab salted eggs and oats dan pelbagai lagi.
Selain itu juga, terdapat kuih muih melayu yang pastnya akan menambat selera anda. Terdapat juga pilihan kek, pai, jeli, puding, bubur manis dan aneka biskut Melayu yang pastiya akan menambah selera makan anda.
Bagi gerai air pula, terdapat pelbagai jenis air yang akan disajikan kepada tetamu. Antaranya adalah air tebu, barli, mata kucing, sirap, air batu campur, kopi tarik dan teh tarik.
Terdapat juga carving station yang menyediakan hidangan kambing bakar setiap hari. Jadi buat peminat kambing, inilah masanya bagi anda untuk menjamu selera dengan hidangan ini.
Untuk para pelanggan yang berminat, jangan lupa untuk mendapatkan baucer sebelum 5 Mei 2019, kerana harga untuk tempoh ini hanya RM75 sahaja untuk setiap baucer,
Jadi buat anda yang ingin menempah, bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah ini.
Citarasa Warisan @PWTC
Telefon: 03-2614 6701/6702
Aras 2 PWTC (9 pagi- 5 petang)