November 15, 2024
Hal-hal Semasa

Yoodo Kini Mempunyai Pasukan E-Sport Mereka Tersendiri, Yoodo Gank

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang terbaik hendaknya. Baiklah utnuk entri kali ini saya masih lagi ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Yoodo dan pasukan e-sport mereka, Yoodo Gank.

Berbalik kepada entri saya sebelum ini, semua sedia maklum bahawasanya Yoodo memang sentiasa memberi sokongan kepada industri e-sport Malaysia. Mana tidaknya, mereka memberikan banyak kelebihan kepada pelanggan mereka untuk bermain permainan dalam talian ini. Siap menjadi penganjur kepada PUBG Mobile National Championships (PMNC) lagi.

Kini, pemenang bagi PMNC tersebut telah diikat oleh pihak Yoodo sebagai pasukan rasmi mereka, Tuah ayam nampak di kaki, tuah anak-anak muda ini tiada siapa yang tahu. begitulah nampaknya peribahasa yang sesuai untuk 4 orang anak muda ini.

Sebelum ini, kumpulan Yoodo Gank ini telah memenangi PMNC pada Januari lepas. Dan kini, mereka dengan rasminya menjadi pasukan rasmi Yoodo. Kumpulan Yoodo Gank ini terdiri dari anak muda yang berpengalaman iaitu Aiman Amirul Mohd Said selaku ketua pasukan.

3 ahli yang lainnya adalah Mohd Hazim Abd Hamid, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashad dan juga Mohammad Hafizi Baharudin. Kini kumpulan mereka diuruskan dibawah pengurusan Gank Asia.

Menurut Chow Tuck Mun selaku Pengarah Urusan Yoodo, perlantikan rasmi Yoodo Gank ini adalah untuk menunjukkan komitment yang tinggi pihak mereka terhadap e-sport di Malaysia. Dengan 30 juta pemain PUBG aktif di seluruh dunia, pastinya Yoodo Gank akan mencipta nama yang baik dalam arena ini.

Pihak Yoodo juga mengumumkan yang mereka akan menganjurkan pertandingan dalam talian bulanan untuk semua pemain PUBG. Pemenang yang berjaya menumpaskan Yoodo Gank akan berpeluang memenangi hadiah RM600 dan RM50 kredit Yoodo.

Perlawanan bulanan ini akan bermula dari 28 Mac dengan 2 pusingan berdasarkan standard pertandingan PMNC yang lepas. Pemain yang berminat bolehlah ke microsite mereka 2 jam sebelum pertandingan bermula. Ianya juga disiarkan secara rasmi menerusi Facebook supaya anda yang tidak bermain dapat turut sama menyaksikan aksi hebat ini.

Apa yang lebih menariknya, pelanggan Yoodo dapat menikmati data percuma untuk bermain PUBG ini. 20GB disediakan sebulan secara percuma sehingga penghujung April ini. Menarik bukan?

Untuk anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Yoodo, bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah:

Facebook: http://www.facebook.com/yoodoMY
Website: http://www.yoodo.com.my

p/s: Saya kini juga merupakan pengguna Yoodo. Woohoo. Terbaik!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *