December 11, 2024
Lain-Lain

Dapatkan Promosi Korset Hushworx Fitness Wear

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini ,saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Hushworx Fitness Wear.

Untuk makluman semua, Hushworx Fitness Wear yang dulunya dikenali sebagai hushbabyxoxo dimiliki oleh Nur Rizlin Zanudin, seorang ibu tunggal yang cekal membangunkan jenama ini.

Puan Rizlin sedang berbual mesra bersama pelanggannya.

Dari bermula sebagai seorang dropshipper, Puan Rizlin mengeluarkan jenama sendiri yang mengikut standard yang tinggi bagi memuaskan para pelanggan yang menggunakan produknya.

Oleh yang demikian, produk Hushworx ini diimport khas dari Itali dengan kualitinya terjamin dan berkualiti tinggi. Jadi tanpa ragu-ragu, anda bolehlah menggunakan produk mereka ini.

Antara korset yang dijual di sini
Yang ini sesuai untuk lelaki.

Puan Rizlin juga telah mengumumkan tawaran menarik sempena hari raya yang bakal menjelma nanti. Dengan hanya RM299, para pelanggan akan dapat memiliki korset dan juga baju cantik ini. Wah! Saya sendiri turut teruja. Cantik betul baju yang dijual ini. Terdapat pelbagai saiz yang boleh dipilih.

Puan Rizlin sibuk menerangkan mengenai promosi yang akan berlangsung
Tampak manis bila dipakai.

Untuk makluman semua juga, korset Hushworx Fitness Wear ini sesuai untuk mereka yang ada masalah sakit pinggang, sakit belakang badan dan juga slip disc. Selain itu juga, ia akan membentuk postur yang baik untuk badan. Besi pada korset Hushworx Fitness Wear ini mudah lentur dan tak menyakitkan tak seperti corset biasa. Jadi tak perlu risau akan korset bila anda duduk. Tidak berlipat punyalah!

Pekejra menerangkan mengenai produk kepada Afzal Sukasuki

Material untuk korset ini pula ada 3 jenis. Fabrik, latex dan premium latex. Latex yang digunakan tak mudah mengembang, tahan regangan dan cantik terletak bila dipakai. Tak berlipat atau berkedut, tak bergeser dengan lengan dan tak panas walaupun mempunyai 3 lapisan. Lapisan cotton yang terdapat di dalam korset membuatkan ianya menyerap peluh yang terhasil.

Selain itu juga, cara cucinya cukup mudah. Anda hanya bilas dengan tangan dan tidak dijemur direct dengan cahaya matahari. Cukup dikeringkan menggunakan kipas dan ruang berudara. Kalau besinya patah atau berkarat, korang boleh dapatkannya kembali di Hushworx Fitness Wear. Ganti besi sahaja! Tak perlu ganti kesemuanya.

Saya mencuba produk mereka.

Sesiapa yang pernah mengalami sakit belakang pasti akan tahu betapa siksanya bila sakit ini menyerang. Saya pernah mengalaminya tak lama dahulu. Mahu menagis saya bila rasa sakit itu muncul. Nak bangun pun tak boleh. Nak buang air pun kena pimpin tangan.

Allahu betapa siksanya. Syukur selepas saya guna korset, semakin baik masalah tulang belakang saya. Ini testimoni saya sendiri. Sebab itulah saya kalau ada kawan-kawan yang sakit belakang, saya sarankan mereka gunakan korset. Insyaallah akan lebih baik dengan izinNya.

Untuk yang ingin mendapatkan produk korset ini  boleh terus ke instagram Hushworx Fitness Wear atau pembelian terus dari bilik pameran di :

Lot No1-17A, Amerin Mall,
Jalan Impian Indah,
Taman Impian Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Untuk keterangan lanjut hubungi :
Nur Rizlin ( Eleen) di talian : +6013 764 4437 / +6018 256 4437

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *