Jadual Terbaru Train Padang Besar Hatyai

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua jadual perjalanan train Padang Besar ke Hatyai yang terbaru.

Pejam celik dah 2 tahun train di sempadan ini tidak beroperasi. Jadi setelah pembukaan sempadan negara, ramai yang berencana untuk keluar ke Hatyai.

Jika dari Padang Besar, keretapi atau train memang menjadi pilihan. Bersambung terus dengan KTM Komuter dan Juga ETS, pastinya train dari Thailand pilihan terbaik.

Kalau tak bak guna train pun boleh je. Sebabnya ada je van disempadan yang menyediakan khidmat membawa penumpang ke Hatyai. Masuk menerusi imigresen Thai dan boleh ambik van ke Hatyai. Tapi feel tu lain la.

Saya pernah naik train di Padang Besar dulu. Best juga la. Masa zaman saya tu tak ramai orang. Saya bertemu 2 orang dari Filipina. Best borak dengan mereka. Dapatlah kawan baru. Mabuhay. (Baca di sini)

Jom kita tengok jadual perjalanan yang terbaharu yang dikeluarkan oleh pihak KTM dan TOT (Train of Thailand)

Train Hatyai Padang Besar
Train Hatyai Padang Besar
Train Padang Besar Hatyai
Train Padang Besar Hatyai

Sebenarnya saya selalu juga pergi Hatyai ni. Tapi sekarang melalui Sungai Golok sahaja. Sebab saya sudah menetap di Kelantan. Kalau perjalanan Padang Besar ke Hatyai cuma lebih kurang sejam, tapi dari Sungai Golok ke Hatyai 4 jam!

Kematu jugaklah punggung. Berapa kali juga askar dan polis naik train memeriksa pasport/kad pengenalan penumpang. Tapi yang paling bestnya, ada makcik penjual makanan yang sentiasa naik train di hentian keretapi. Jadi takde la kebulur. Kenyang memanjang 😂

Apapun buat yang ingin keluar negara tu pastikan cek sekatan imigresen korang. Mana tahu ada sekatan ke. Jaga diri dan kesihatan ok!

Selamat bercuti semua! Paling penting utamakan percutian dalam negara. Kat Kelantan pun banyak tempat best (Tetiba promote negeri sendiri 😂)

Sumber maklumat: Facebook KTM Berhad

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.