Cara Pergi ke Hatyai Menggunakan Keretapi
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua pengalaman saya menaiki kereta api ke Hatyai baru-baru ini.
Untuk makluman semua, saya telah pergi secara keseorangan dengan menggunakan kereta api atau lebih disapa mesra dengan panggilan ETS.. hahaha. Memang dari dulu saya bercadang untuk ke Hatyai dengan menggunakan kereta api sebab tengok macam best je guna kereta api dalam filem Bollywood tu.
Namun semua itu hampa sebab keretapi kita yang jenis lama tu tak digunakan dah untuk ke Padang Besar sebabnya semua dah guna ETS. Naik ETS ni moden sangat. Kereta api laju la katakan. Feel dia tak sama tau macam naik kereta api yang lama tu. Saya teringin nak naik yang lama tu. Ala yang Senandung Malam tu. Tapi itu dah ditamatkan perkhidmatannya bermula Mei lepas.
Kecewa weh! Nak feel dari keretapi tradisional tu. Dahla tiket ETS mahal gile. Memang la cepat tapi mahal kot. Dulu tiket direct to Hatyai dalam RM65 dah boleh dapat yang tidur tu. Ni ETS, RM80 baru sampai Padang Besar. Dalam 5 jam memang dah boleh sampai la.
Kalau kau naik pagi pukul 6.58 pagi kat KL Sentral, dalam pukul 12 lebih dah sampai Padang Besar. Tapi kat sini kau boleh naik keretapi Thai pulak. Yang ini paling koman pun pukul 3.45 petang baru bertolak. Atau dalam pukul 2.45petang waktu Thai (kat sana sejam lewat dari kita kat Malaysia ini). So menunggu la kau dalam 3 jam lebih.
Yang naik keretapi Thai ni feel dia best. Ni baru keretapi tradisional. Sepanjang jalan dok bunyi hon sebab nak kasi amaran kat penduduk kampung yang keretapi tengah bergerak. Best kot. Satu pengalaman baru bagi aku. Ala, sejam lebih pun dah sampai Hatyai. Kejap je weh. Tiket pulak THB80 atau kau boleh je bayar RM10 kat penjual tiket tu. Dia terima je.
So total kalau kau pergi Hatyai pakai train adalah RM80+RM10= RM90. Mahal la jugak kan?
Tapi kalau nak lagi murah ada cara dia weh! Kau pergi je pakai bas. 9 jam je perjalanan dari KL ke sana. Dah la tiket RM65 je dari TBS. Kau boleh je beli tiket kat TBS tu kalau nak ke sana. Aku lepas kena pengalaman tu, terus aku beli tiket balik pakai bas.
Aku punya THB550 je. Lebih kurang RM65 duit kita dari sana. Siap dapat cover insurans perjalanan lagi. Bas pun selesa. Ada selimut dan kasi air lagi. Berhenti pun banyak kali jugak. So don’t worry la kalau nak kencing ke apape ke. Oh! Ianya syarikat bas dari Malaysia ya. KKKL ke amende ntah nama dia.
So konklusinya:
Train, 5 jam (ETS), tunggu train (3 jam), train Thai (1jam)= 9 jam, RM90
Bas = 9 jam, RM65
Anda sendiri la tentukan ya…
Selamat berjimba.. Aku pergi backpackers je..
AM: Nak try dari Hatyai ke Bangkok pulak. RM100 lebih untuk trip 16 jam. Ada tempat tidur.
ok, memang plan nak gi sana ni..cambest je..murah gak eh
jom, alang2 tu ke bangkok trus
Tu la. Memang aku nak buat camtu pun nih
hang dah dok Ipoh lagilah murah dan dekat ke sana
ETS ni setahu saya takde katil untuk tido
kan?
Kalau takde tak syok juga, duduk 5 jam. Kalau train lama, bukan sekadar feeling lama, siap gerabak katil 1st, 2nd class apa semua.
Tiada tuan. Dia macam kereta api laju biasa.
lamanya dari hatyai ke bangkok!
Yap. Tak sesuai untuk orang yang mengejar masa. Kalau nak yang mencabar bolehlah cuba yang ni..huhu
alaaa nak pi jugak tp dah beranak kecik ni.. hurmm jer lah gamaknyaaaa
Bawa je kak. lagi mencabar. Hahahah. Maunya kalau anak berlari, jenuh akak nak mengejar
Hotel bajet berdekatan shopping plaza dan market ape ye? Yg senang boleh jalan kaki dan malam tak sunyi. Kat imigresen thai nak ke harnyai lama tak que?
banyak je hotel bajet kat sana. Kalau area bandar hatyai tu semua dedekat je. saya dok hostel je. Lelaki senang sikit.
Saya gi ngan train haritu. Tak ramai pun que sebab tak ramai guna train..
mohon rekeman hostel yang tinggal tu
mahal x sewa van dari hatyai ke sempadan padang besar. nak kejarkan tiket ets pukul 9.30 pagi
takde la mahal; sangat. bawah RM10 rasanya. Kalau padang Besar ke Hatyai Rm5 je kalau naik van tu
nk tnya mcm ne nk beli tiket dari pdg besar ke bangkok ye
Ada jual di Stesen keretapi Padang Besar (Stesen sebelah Thai)
boleh beli mse tu gak ke atau kne beli 60hari sebelum
Saje nk share, sbb da start prepare utk bangkok-hatyai naik train nx year. Ni bdsrkan research sy :
-Yup, 60hari before depart da boley start beli tiket.
-Tp train thailand ni xde jual tiket online mcm ktmb. So, hanya boleh beli di kaunter atau melalui agent je.
-Antara agent yg ada 12goasia & thailandtrain.com. Sy br wat payment dgn thailandtrain mlm td, so xdpt bg pendapat lg. Cuma stakat ni, dorg cpt response email.
-Most agents amik komisen dlm THB200/ticket. Wpon mahal, tp tpaksa sbb xsanggup nk gamble beli tiket kt sana, takut abis ?.
*admin (pgl admin ke tuan punye blog)
– thanks bg info psl shuttle train pdg bsr-hatyai. Ade info train hatyai-pdg bsr x ?
Terima kasih Muni untuk info ini. Ya kalau musim perayaan tu cepat la habis. Bagi backpacker seperti saya, 200THB caj tu banyak..huhuhu. Gamble is the best.
Untuk train Hatyai- Padang Besar, saya tak pasti. Tapi saya sarankan ambik van/bas mini sahaja ke Padang Besar dari sana. Lebih jimat dan cepat. Train hanya 2-3 kali sehari sahaja.
Boleh je beli time tu. Tapi 2 trip je sehari ke bangkok dari Padang Besar. Biasanya orang akan ke Hatyai dulu sebab di Hatyai lebih banyak pilihan.
ooo so confirm lh ek sy xyah beli boking tiket tuk ke hatyai @ bangkok, bli mse tu pon ok je knn.. sy bca byk blog kne bli 60hari sebelum lh.. huhuhuuu..
Salam..kt mn nk beli tket dr padang besar ke hatyai tu? Xde online kan…direct beli kt sana je?
Beli direct je. Banyak kerusi kosong…
Beli tiket tu dkt kl sentral eh??
KL sentral sampai ke Padang Besar. dari Padang Besar ke Hatyai kena beli di sebelah Siam
ini tambah info sahaja, dari padang besar bahagian thai juga ada bus & minivan ke hatyai. jadualnya lebih frequent, setiap 30-45min dah ada. tak payah tunggu kereta api.
Ya itu lebih baik.. banyak je van kat sebelah sana. dah lagi murah..
ramadan mubarak bro.
Salam..nak tanya,
Kalu sy drop keta kat duty free pdg besar pastu nak ke stesen keta api jauh x jalan?
salam semua, aku akan try backpaker sorang pada 28 januari 2017 hingga 1 Feb 2017 ke hatyai.. sape nak folo. jom le…kite redah sama2, cari pengalaman baru. berminat boleh wasap aku kosong satu tujuh tiga lima dua enam satu enam dua
balik esok share iti 😁😁😁
Share skit cite sana…
follow
nak pergi ngan family nov ini…thx share amir
Wah! Lama lagi tu kak. Apapun selamat bercuti saya ucapkan..hehe 🙂
As sallam…
Nak Tanya ada sesapa yg pergi ke krabi…. maksud saya…Hatyai – Krabi
apa transport yang sesuai pergi ke krabi dari Hatyai…. Harga berapa? Berapa Lama perjalanan?
Maklumlah kali pertama nak ke krabi….
Terima kasih
AmirNawawi tolong jawab eh,
Roadmarker: pergi by train – dari Padang Besar > Hatnyai, sampai hatnyai keluar dari train railway ada banyak deret2 kedai ( around Lee garden mall,5 minit berjalan dari stesen) yang jual pakej menarik serata thailand dan krabi salah satu pakej yang depa offer or kalau tak nak amik pakej siap2 kat hatnyai boleh sewa van kat situ ( kebanyakan kedai yg jual pakej ni depa ada tawarkan juga perkhidmatan sewa van ke krabi ) harga ikt kepala..saya pi ritu 10 org so harga per pax jatuh 330 bath saja ( rm40 camtu ) . Jarak perjalanan dr hatnyai ke krabi jauh jugak around 5 ke 6 jam camtu ( masa habis sebab stop rehat kat RnR depa ) .
Nota kaki : better msa dah smpai sana deal siap2 dengan driver van bila nak balik hanyai nanti suh driver sama yg datang amik- cust cost n masa dah kat situ 🙂
Salam
Nak tanye kalu tiket ets nk blik kl pkol 6.45, da pengangkutan pe dr hatyai nk ke pafang besar?
Boleh je sewa tuk tuk. Takpun ada van dari sana..
Assalam
Nak tanya, ada masa masa tertentu ke Train Hatyai ni kalau dari Padang Besar?
Ya. Hanya 2 train sahaja sehari. Pagi dan pukul 2 lebih..
assalam..
Saya nk tanya en amir..saya nk ke koh lipe cadangnye ngan family hujung tahun ni..konon nk backpackerlah ngan anak2 ni…sy cad nak naik train senandung malam mcm en amir gak..tapi alahaii dh xde rupe nye kann.. ade ETS je kt KTMB tu… (mmg rasa x trill..)..so skrg ni smpi padang besar naik ETs ni..sy nak ke mane utk cari shuttle train ke Hat yai tuan? saya akan naik ets dr KL sentral waktu mlm or tgh mlm..smpi subuh lh kut..
yg pagi tu apa waktu train ke hatyai tuan? kat mne sy kene beli tiket train tu? mohon pencerahan info or cadangan dr tuan boleh? tgh blur lg ni..sbb nak ke Pak Bara tu pun sy masih blur lg transportnye ni
Wassalam Encik Kama.
Ya Senandung Malam tersebut telah tamat. Saya pun tak sempat untuk merasainya. Cadangan saya la, kalau tuan sampai pagi, lebih baik tuan guna van sahaja ke hatyai. Sampai di stesen Padang besar tersebut, masuk sahaja ke bahagian Thai (lepas Imigresen, Kastam). Kat situ ada van ulang-alik rakyat Thai (macam local punya pengangkutan la). Dalam 50 bath sahaja.
Nak tunggu train lambat la sikit. bagi saya pun kalau ramai prefer guna van tu sahaja. Sampai di hatyai banyak pilihan untuk Tuan dan keluarga. Sebab di hatyai tempat tumpuan segala train dari pelbagai pelusuk Siam. Jadi banyak pilihan train untuk tuan ke destinasi lain.
harap membantu
terima kasihh..sgt membantu..
maaf nak tanya semula..guna Van ke hatyai dr pdg besar kata 50bath tu perhead ke apa? atau ada kat situ khidmat sewa 1 van?
Per head tuan. 50 baht tu dalam RM7 ringgit..
ok. tq
Hi amir nak tny taw xberapa ye harga tiket bas dari hatyai ke bangkok bas ada kul berapa ye coz esok dah nak pergi
Salam amir nak tany berapa ye harga tiket dari hatyai ke bangkok kul berapa lak ada bas ye coz esk dah nak pergi
Bas saya tak pasti. vTapi kalau untuk tiket train, banyak sahaja di stesen Hatyai tersebut
Owh ye ke ok thank 4ur info k
Bro nak tanya sikit taw ke mana ada hotel budget at bangkok kalau ada sharela
Karl, mungkin awak boleh cari melalui booking.com atau traveloka ke. Saya biasanya kalau pergi mana negara pun saya tidur kat hostel sahaja. Jimat bajet..hehehe
La ye ke bukan pe kalau boleh xnakla share ngn org lagipun ngn couple
Oh! kalau begitu boleh cek kat booking.com . Saya biasanya booking kat situ sahaja
Ada ke yg murah ny anywhere thank k
Ada je. Bawah RM100 semalaman pun ada.
Owh ye ke bawah 50 xde ke coz pergi banyak harila
salam, nak tanya ade tak bus dari hatyai ke bangkok??
Jom ramai ramai kita,buat group kaki travel..jenis yg kepala gila gila pun best gak..blh traval eamai ramai
Memang best. Boleh la ajak kekawan reramai. Baru happening
Dah pi naik keretapi dari pdg besar ke bangkok..16jam weh…tp klau pi ramai2 best la..kalau pi berdua tidoq la jawab dia..haha..
Wow bestnyer. Berapa ya harga tiket? Ok tak?
Harga tiket ikt thai bath murah la jugak, ikt jenis katil upper bed murah sikit..lower bed mahal sikit..lower around 920 bath camtu upper around 890 bath camtu..kalau exchange dengan duit mesia 100 lebih jugak la..
Bangkok ok sama ja cam KL..midnite dia best..saya syor banyak naik public transport dia..boleh cut cost banyak kat situ..amik teksi bermeter jangan amik teksi sapu..teksi bemeter lagi murah..kalau sampai bangkok jangan lupa floating market kat sna..amphwa floating market lagi besaq dari floating market kt hatnyai dan banyak benda eksotik n craft local jual kt sana..selamat ber baackpack 🙂
salam nak tanya.depa ni pandai cakap org putih ke malay tak?sebab first time nk pegi sana walaupon dok perlis
Cakap guna bahasa isyarat je.. Ada yang faham dan ada yang tak
Salam.
Nak tanya. Dari Stesen Padang Besar ke Imigresen Thailand jauh tak? Perlu naik kereta sapu ke? Lagi satu dari Imigresen Thailand ke stesen minivan Padang Besar (Thai)-Hatyai jauh tak? Boleh jalan kaki je atau kena naik van di sebelah Thai?
Ada orang lokal kat situ cakap dekat je. Sebab diorang ajak jalan kaki je masa saya pergi stesen (pondok menunggu) minivan haritu.
Tapi saya tetap nak nak train. Nak merasa..hehe
Pingback: Cara Bawa Masuk Kereta ke Thailand - AMIRNAWAWI
Pingback: Ke Hatyai dari Sungai Golok Menggunakan Keretapi - AMIRNAWAWI
Pingback: Jadual Terbaru Train Padang Besar Hatyai - AMIRNAWAWI