March 23, 2025
Hal-hal Semasa

Kordel’s Charity Fun Walk di Padang Merbok

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua program amal yang dinamakan Kordel’s Charity Fun Walk.

DSC01967

Untuk makluman semua, prorram ini telah diadakan pada 31 Julai yang lepas di Padang Merbok Kuala Lumpur. Ianya mendapat penyertaan yang begitu ramai dari pelbagai lapisan masyarakat. Dan apa yang menariknya, segala kutipan yang diperolehi disumbangkan kesemuanya ke tabung Arthritis Foundation Malaysia.

Terdapat pelbagai lapisan masyarakat yang menyertai jalan amal ini. Program bermula pada awal pagi iaitu sejak pukul 6 pagi lagi. Terdapat perlbagai aktiviti lain yang boleh disertai sepanjang event ini berlangsung antaranya ialah jualan food truck, pemeriksaan kesihatan dan banyak lagi.

DSC01963 DSC01964

Sebelum memulakan larian, para peserta berkumpul di hadapan pentas utama untuk aktiviti pemanasan badan. Ianya adalah penting untuk mengelakkan daripada berlakunya pekara yang tidak diingini sepanjang berjalan kaki ini. Dijangkakan jarak keseluruhannya adalah sejauh 7KM.

DSC01968

Aktiviti jalan sejauh 7KM ini dilepaskan oleh Presiden AFM iaitu Dr Sargunan Sockalingam. Para peserta dilepaskan bermula 7.15 minit pagi. Aktiviti berjalan kaki ini dijangka dapat disempurnakan dalam masa 90 minit. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyertai jalan kaki ini. Wah! Penat giler.. Tapi best.

DSC01978

DSC01986 DSC01991

Setelah pukul 8.30 pagi, maka ramai yang sudah siap berjalan. Dan sememangnya ia satu pengalaman baru bagi saya sendiri yang jarang enyertai aktiviti sebegini sebelum ini. Diharapkan program sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan supaya dapat mewujudkan suasana yang sihat sejahtera dalam kalangan warga Malaysia ini.

AM: Walaupun sekadar berjalan, namun ianya dapat membakar banyak kalori dalam badan.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Kordel’s Charity Fun Walk di Padang Merbok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *