Bagaimanakah Prestasi Kelajuan Blog Anda?
Hi dan salam sejahtera buat semua para pembaca sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan hal berkaitan dengan dunia interent ini. Tak sah kalau blogger tak bercakap pasal internet kan.
Sebelum saya berbicara panjang, saya mahu bertanyakan satu soalan sahaja,
Pernahkah anda buka laman web namun akhirnya terpaksa memangkah web tersebut kerana loadingnya perlahan?
Jika ya, anda patut baca entri saya ini sampai habis. Saya juga pernah mengalami situasi yang sama. Memang sakit hati pula kita yang mahu membaca ini bila masalah tersebut berlaku.
Bukan apa, kita membuka laman web tersebut untuk mendapatkan maklumat, namun jika pekara tersebut berlaku akan membantutkan mood kita untuk terus membaca. Ya kan?
Itu belum lagi membuka laman web jualan dalam talian. Kalau yang lama sangat loading tu, kita pelanggan ni akan rasa geram. Akhir sekali nafsu nak membeli pun hilang. Kan tak pepasal dah hilang pelanggan.
Saya pun selalu juga buka laman web jualan dalam talian ini. Kalau yang perlahan tu memang saya pangkah la. Tambahan pula talian internet kat Malaysia ini memang ‘mengharukan’. Jadi kalau ada tuan empunya web itu perlulah faham permasalahan ini.
Tapi sebagai penulis blog dan laman web, pernahkah anda terfikir pekara sama tentang pembaca kita?
Jadi persoalannya, pentingkah kelajuan sesebuah laman web ini?
Jawapannya ialah YA!
Ini kerana ketangkasan laman web untuk memberi respon adalah menandakan ianya adalah dalam keadaan terbaik untuk memberikan hasil maklumat yang diperlukan oleh pelayar iaitu kita.
Kalau laman web tersebut perlahan, ia akan mempengaruhi para pelayar dan akhirnya menyebabkan pelayar memberi repond balas yang selayaknya.
Sebagai contoh jika laman web tersebut laju, pastinya pelayar akan berasa gembira dan akan memberikan repond yang positive seperti meninggalkan komen dan kongsikan web tersebut kepada teman yang lainnya.
Itu belum laman web jualan lagi, pastinya pelayar gembira untuk membeli disana. Cuba bayangkan kalau laman web tersebut perlahan, pastinya repond yang diberikan oleh pelayar juga negatif seperti menutup terus laman web tersebut.
Jadi buat para pemilik laman web sekalian, jagalah laman web kita supaya berada dalam keadaan terbaik untuk diberikan kepada pembaca kita. Saya ada terbaca mengenai satu laman web ini iaitu bitcatcha.com. Salah satu laman web yang menilai prestasi kelajuan server web kita.
Bagaimana untuk menggunakannya? Mudah sahaja
1.Pergi ke http://www.bitcatcha.com/
2.Masukkan URL laman web anda
3. Dan tekan butang Go tersebut untuk paparan maklumat
4. Berikut adalah contoh maklumat tentang blog saya ini. Ianya dibandingkan dari 8 tempat yang berlainan iaitu di New York, LA, London, Brazil, India, Singapore, Japan dan Australia.
Jadi melalui perbandingnan ini kita dapat melihat prestasi kelajuan laman web kita dari beberapa tempat yang berlainan di seluruh dunia. Dah tahu tahap kelajuan web kita tu bolehlah lakukan sesuatu supaya prestasi blog kita berada pada tahap optimum. Berikut merupakan antara penyebab berlaku perlahannya web anda iaitu:
Number 1: Kelajuan server yang dihantar oleh webhost anda.
Number 2: Design web anda, kebersihan kod, cache, plugins dan media visual.
Ya! Inilah penyebab menyebabkan laman web kita menjadi perlahan. Mana tidaknya kalau gambar yang dimasukkan besar gedabak, web penuh dengan kod-kod yang tidak berguna dan banyak lagi.
Namun semua itu tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan prestasi server anda. Kelajuan dalam server lah yang menentukan kelajuan web anda. Jika perlahan server anda, maka perlahanlah segalanya.
Tahukah anda yang Google menyukai laman web yang cepat? Ya! Google telah mendedahkan bahawa mereka amat menyukai web yang mempunyai kelajuan bawah 200ms. Ini adalah untuk SEO web anda.
Jadi anda yang masih belum mengetahui kelajuan laman web anda bolehlah memeriksa kelajuan web anda di bitcatcha.com untuk mengetahuinya.
Lakukan perubahan sebelum terlambat. Sebelum berubah, ketahui punca yang perlu diubah.
Jadi bagaimanakah prestasi kelajuan web anda? Kongsikan dengan saya juga 🙂
Alamak…. Dah lama tak uji kelajuan blog saya…. Mungkin dah semakin perlahan kot… 😉