January 18, 2025
Hal-hal Semasa

Program CSR Asianic bersama Reen Rahim di SBJK Chow Kit

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada semua mengenai program yang telah saya hadiri.

Untuk makluman semua, pada minggu lepas saya telah menyertai program CSR Asianic bersama Reen Rahim di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. Ini merupakah pertama kali saya menyertai program di sekolah sebegini yang seumpamanya. Sebelum ini memang saya selalu pergi ke sekolah untuk program bersama pelajar sewaktu di alam universiti, namun program kali ini sedikit berbeza dengan sebelumnya.

Untuk makluman semua, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ini merupakan sekolah untuk para pelajar yang istimewa. Para pelajar mereka adalah pelajar yang terpilih dengan keluarga yang ada beberapa masalah yang tidak dapat diceritakan. Namun dengan inisiatif kerajaan Malaysia, dibawah Kementerian Pendidikan, sekolah ini meruapakan satu-satunya sekolah seumpamanya di Malaysia.

Jujur untuk saya katakan saya cukup tersentuh dengan kisah yang diceritakan oleh para pelajar sekolah ini. Ada yang masih belum dapat membaca namun mereka gigih dan tekun belajar demi mengubah nasib keluarga. Tahniah diucapkan kepada pihak Wonderland Primary Sdn Bhd dengan jenama Asianic kerana mengadakan program seumpama ini di SBJK.

Pihak Wonderland Primary Sdn Bhd telah mengadakan program di SBJK ini dengan membawa duta produk mereka iaitu Reen Rahim untuk bersama-sama anak di sekolah ini. Seorang public figure pastinya mengujakan para pelajar ini untuk mengenali artis yang sedang meningkat naik ini.

Reen Rahim bersama Puan Leny
Reen Rahim bersama Puan Leny

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program CSR ini berlangsung antaranya ialah penyampaian sumbangan kepada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ini daripada pihak Wonderland Primary Sdn Bhd.

Sumbangan kepada pihak SBJK
Sumbangan kepada pihak SBJK

Walaupun Syawal sudah berlalu, namun pemberian duit raya tidak dilupakan kepada anak-anak pelajar ini. Terserlah wajah ceria di wajah mereka dengan pemberian duit raya yang disampaikan oleh duta Asianic ini iaitu Reen Rahim.

Reen Rahim menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak SBJK
Reen Rahim menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak SBJK
Reen Rahim bersama-anak-anak SBJK
Reen Rahim bersama-anak-anak SBJK
Persembahan busker dari anak-anak SBJK
Persembahan busker dari anak-anak SBJK
Pengenalan produk jenama Asianic

Jenama Asianic yang terdiri dari penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita. Bagi krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras. Di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Ianya juga akan memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa.

Syampu rambut pula diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa. Syampu Asianic akan membuat rambut sentiasa lembut bagaikan mutiara, berkilat dan bermaya. Terdapat syampu bagi kepala yang mempunyai masalah kelimumur, rambut gugur ,rambut biasa dan berminyak. Pilih mengikut kesuaian dan lihat hasilnya seawal lima hari apabila menggunakan syampu jenama Asianic.

13918534_10206743290172831_211825193_o

Produk jenama Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM10.90 hingga RM17.90 setiap satu. Kini Asianic telah mengembangkan misi perniagaan untuk mengikuti banyak acara dan pameran dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk jenama Halal Asianic. Kini pengguna tidak perlu ragu-ragu lagi apabila menggunakan produk penjagaan diri kerana Asianic adalah mempunyai rangkain produk Halal yang pertama seumpanya di Malaysia. Kini produk Asianic boleh didapati di hampir semua parasaraya besar, pharmacy dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia.

Produk Asianic juga boleh dibeli melalui talian antaranya Aladdin Street.com dan juga melalui sesawang : www.wonderlandprimary.com . Banyak aturcara akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Asianic antaranya adalah majlis ramah mesra celebriti Asianic, Reen Rahim. Peminat bukan sahaja dapat akan dapat berjumpa dengan celebrity ini malah akan dapat berjumpa secara lansung pada acara-acara yang akan dijalankan.

asianic 1

Buat anda yang ingin mengenali lebih lanjut mengenai produk Asianic ini bolehlah melayari mana-mana medium di bawah.

Web : www.wonderlandprimary.com

Facebook : Asianichalal

Instagram : Asianichalal

Picture kredit to : Ieyra.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Program CSR Asianic bersama Reen Rahim di SBJK Chow Kit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *