Cara Bawa Masuk Kereta ke Thailand
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat smeua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya igni kongsikan dengan anda semua cara bawa masuk kereta ke Thailand.
Jika sebelum ini saya telah kongsikan pelbagai cara untuk masuk ke negara Siam ini. Saya telah kongsikan cara masuk ke Thailand menggunakan:
Namun kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara untuk ke negara Thailand ini dengan kenderaan sendiri pula.
Langkah-langkah
Baiklah, berikut adalah cara-cara untuk membawa masuk kenderaan sendiri ke negara Thailand ini.
1. Seperti biasa, apabila melepasi sempadan negara, turun dan cop pasport dahulu di imigresen negara kita.
2. Setelah itu, mula masuk ke sempadan negara Thailand. Di imigresen sebelah sana, semua wajib turun untuk isi borang ketibaan (Arrival Form) dan cop pasport atau pun pas sempadan (border pass). Berkenaan pas sempadan ini akan saya ceritakan di lain entri.
3. Setelah itu, pemilik kereta hendaklah pergi ke kaunter insuran kenderaan untuk memasuki negara Thailand. Ini adalah procedur biasa untuk memasuki negara Gajah Putih ini.
4. Di kaunter ini, pastikan anda mempunyai:
– Pasport yang telah dicop
– Geran kereta yang asli
– Surat kebenaran pemilik (Jika anda bukan pemilik kenderaan tersebut)
5 .Tanpa sebarang masalah, anda akan dibekalkan dengan surat insurans kenderaan dan resit kebenaran membawa kenderaan. Bagi yang tertanya-tanya mengenai insurans kenderaan itu, terdapat beberapa pakej ataupun harga untuk anda pilih. Ikut pilihan anda yang ingin masuk ulang-alik ke negara ini berapa kali.
Harga pula pastinya mestilah berbeza. Anda boleh ambil yang sebulan, 3 bulan ataupun setahun. Yang pasti ianya berbeza mengikut pilihan anda. Jika anda kerap keluar masuk Thailand, ambil sahaja setahun. Katanya kos untuk setahun ini kurang dari RM100.
6. Ingat lagi resit kebenaran tadi? Di luar terdapat satu kaunter yang lain. Tandatangan resit dan serahkan resit kepada pegawai yang bertugas. Pegawai tersebut akan mengambil helaian pertama dari resit tadi. Sila simpan helaian yang lain dalam simpanan anda. JANGAN HILANGKAN!
7. Selesai. Bolehlah anda meronda dalam negara Thailand dengan jayanya. Namun pastikan anda berhemah di negara orang ya.
8. Apabila keluar, seperti biasa, cop pasport dan kasi balik salinan kedua resit kebenaran tadi kepada pegawai bertugas. Jika tidak, anda akan didenda untuk kemasukkan yang seterusnya. Denda berapa banyak? Banyak juga! Baik beli lauk masak kat rumah dengan duit denda itu.
Selamat bercuti di negara orang. Namun yang paling utama, jaga adab dan sopan di negara orang ya. See you again in next entry.
Banyak juga langkah-langkah yang kena ikut kalau bawa masuk kereta ke Thailand. Yang nak ke Thailand tu sesiap la ye semua langkah ni 😀
Lepas ni kalau ke sana nak cuba la bawak kenderaan sendiri. mesti lagi best ronda-ronda sana. sekali-sekala berkereta sendiri ke sana, best juga
Tak pernah lagi ke siam dengan kenderaan sendiri. Bagus ada panduan mcm ni, klu apa2 dah boleh standby segala persiapan dan tahu prosedur sebelum ke sana nanti. Taklah jadi masalah apa2 nanti.
Wah.. ni panduan cukup berguna ni. Lagipun dengan kereta sendiri lebih selesa dan jimat rasanya. Iyalah, tanah Malaysia pulak bersambung terus dengan Thailand kan. Lebih mudah! Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ni! 😀
Pingback: Cara Sewa Kereta Di Thailand - AMIRNAWAWI
Ooooo…macam tu cara- caranya…banyak jugak proses dia kan…tapi memang patut la kena ada semua document yang sah..bukan suka suki jer nak masuk negara org kan…thanks sharing Amir
terima kaih dengan panduan mungkin tak lama lagi akan pergi trip ke Thailand nanti nak bawa masuk kereta i refer post ni la thanks amir !
Terima kasih berkongsi info. Bagus untuk orang yang nak bercuti ke Thailand dengan menaiki kereta.
Perkongsian yang bagsu.baru tahu nak oergi Thaikand boleh drive kereta sendiri. Kalau macam tu senanglah nak pergi Thai boleh drive kereta sendiri .cuma memang kena kiralah kos yang kena tanghung bila dah bawak kereta sendiri kan.
Perkongsian yang bagsu.baru tahu nak oergi Thaikand boleh drive kereta sendiri. Kalau macam tu senanglah nak pergi Thai boleh drive kereta sendiri .cuma memang kena kiralah kos yang kena tanggung bila dah bawak kereta sendiri kan.dna yang penting memang kena hati hati bila dah drive kereta sendiri ke tempat orang
Tak pernah try lagi masuk ke Thailand bawak keta sendiri..Tahun lepas ke Hatyai, naik keretapi je..Tak pe good sharing, may be next time kalau plan nak cuti2 ke Thailand, boleh try bawak masuk keta ke sana..
Terima kasih atas info yg berguna nie. Selama nie ingat, susah nak bawak kereta masuk ke negara org. Yuran nak bawa masuk pon boleh tahan murah utk harg setahun.
tak sangka boleh bawa kereta masuk ke thailand, ingatkan bas je boleh.. yuran masuk kira affordable lah juga.. hmm kalau tak keberatan nanti share cara bawa masuk kereta ke singapura ye.. nak tahu dokumentasinya macam mana
Bagusnya first time jmp entry ttg ni
Thnks for sharing
Kalau jenis yg rajin masuk Thai dan duduk dekat sana memang senanglah bawa kenderaan sendiri. Mudah sket nak bergerak kan. Bagus kongsikan cara ni. Next time dah tahu dah nak buat macam mana 🙂
Thanks for sharing this info. Lia memang selalu masuk Thailand dgn kereta. Lagi mudah untuk bergerak sana sini. Kalau belah utara ni memang dekat sikit nak masuk sempadan
http://www.liahasty.com
Wow! Thanks for the informative sharing. I am thinking of driving to Hat Yai with my family.
This is really a good guideline for those who never drive car in to Thailand yet. This has been practice since day 1.
Yes never lost the receipt as you need to pay from the beginning again.
Bila la boleh jenjalan ke siam ni. Joe Satun dah offer hari tu .. tapi tak dapat nak pegi lagi. Lagipun dah kena blacklist kastam ni .. susah saya nak lepas.
kalau pandu kereta sendiri masuk thailand cuma beli insurans thailand sjh ke? tak perlu bagi extra duit untuk kebenaran kereta masuk thailand?
Boleh ke bawa teksi 1malaysia persendirian ke betong.
Terima Kasih Amir, saya bercadang nak bawa kereta ke Thailand ikut Betong. Kalau hari ahad, kedai insuran tu bukak tak?
Thank you for sharing. btw saya nak tanya, geran kereta mesti yg asal ke. kalu salinan boleh x sbb yg asal still ngan finance.
Hi.. sy nk tnya.. ad syarat2 x nk bw kereta sendiri.. limit berapa tahun usia kereta tu ya yg boleh bawa msuk Thailand ?? Harap ad yg membantu ?