Cara Sewa Kereta Di Thailand
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca blog ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara untuk anda sewa kereta di Thailand.
Jika sebelum in isaya telah kongsikan dengan anda semua cara untuk membawa masuk kenderaan anda sendiri ke Thailand, kali ini saya ingin kongsikan pula dengan anda semua cara untuk menyewa kereta di sana. Saya pasti jika anda datang bersama keluarga, pastinya menyewa kereta adalah satu pilihan yang menjimatkan dan memudahkan.
Mana tidaknya, jika menggunakan pengangkutan awam, pasti susah untuk pergi ke tempat-tempat terpencil yang ingin anda lawati. Nak sewa teksi kan mahal pula, lagipula waktu kita tak boleh fleksibel kerana teksi, pepaham sendiri la.
“Pilihan yang terbaik adalah dengan menyewa kereta”.
Jadi bagaimana cara untuk menyewa kereta di Thailand? Dokumen apa yang diperlukan?
Ok baiklah, untuk menyewa kereta, anda hanya perlu membuat tempahan di mana-mana penyedia servis perkhidmatan ini. Saya yakin anda boleh cari dalam talian kerana banyak sangat penyedia servis ini.
Tak kira kenderaan jenis apa. berapa lama dan sebagainya.
Buat tempahan dan ada yang perlu anda terus bayar dan ada yang bayar kemudian. Ikut pilihan anda la.
Namun dokumen apa yang perlu dikemukakan untuk menyewa kereta ini?
Dokumen yang diperlukan
- Salinan pasport
- Salinan lesen kenderaan yang masih sah (tidak tamat tempoh)
Itu sahaja. Bab insurans bagai tu biasanya pihak syarikat dah uruskan. Tapi untuk kepastian anda bolehlah tanya pihak syarikat itu sendiri ya.
Apapun selamat melancong ke negara Thailand ya kawan-kawan semua.
Terima kasih atas info. lepas ni kalau ada kesempatan ke Thailand boleh sewa kereta pulak. Sebelum ni tahun 2014 pernah masuk Hatyai hingga Songkla dengan kereta sendiri, cuma perlu bawa geran kereta.
Uiksss .. simple je. Tapi elok juga kabor kat mana senang dan murah nak cari sewa kereta kat thai ni. Online ni banyak pilihan .. 🙂
Belum pernah sampai sana, sempadan ada la.
lesen memandu malaysia ke?