November 7, 2024
Travel

Pengalaman Menginap di The Settlement Hotel Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman menginap di The Settlement Hotel Melaka.

Semua sedia maklum akan status bandaraya Melaka sebagai bandaraya warisan UNESCO. Terdapat pelbagai tempat menarik yang terdapat di negeri ini yang memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung. Untuk menjadikan pengalaman bercuti anda lebih baik, pastinya penginapan yang selesa memainkan peranan penting dalam mewujudkan kenangan yang indah dalam diri anda.

Oleh yang demikian, salah satu hotel yang wajib anda menginap apabila berkunjung ke negeri ini adalah Hotel The Settlement Melaka. Agak cliche apabila saya katakan bahawasanya hotel ini antara yang terbaik di Melaka ini. Namun ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, maka saya mengakui bahawasanya segala servis yang disediakan di hotel ini amat baik.

Daripada kita mula memasuki pintu pagarnya, kita seakan terpesona dengan keunikan senibina bangunan ini. Ini kerana bangunan ini merupakan bangunan lama yang telah diubah suai. Namun jangan khuatir kerana ianya telah melalui beberapa sesi renovasi untuk menjadikan bilik-bilik yang ada di sini terbaik untuk didiami.

Dengan senyuman daripada penyambut tetamu di kaunter hinggalah servis daripada staf di sini dilakukan dengan sebaiknya. Ini untuk memastikan tetamu yang hadir di sini terasa dihargai dan disambut dengan sambutan hangat sekali.

Bilamana kita melangkah masuk ke premis ini, terdapat ruangan di dalam hotel yang mengembalikan kita kepada nostalgia zaman dahulu. Hiasannya dan juga perabut yang digunakan menyimpan seribu memori.

Lukisan di Galeri Seni Yeak Ping Lian
Kayu daripada komponen rumah lama iaitu selak pintu

Melangkah masuk sahaja ke bilik tidur, kita akan mendapati ianya tersiap rapi untuk menerima tetamu. Bilik deluxe ini dilengkapi dengan kemudahan televisyen satelit, telefon, peti sejuk, pengering rambut, capaian internet berkelajuan tinggi, penyaman udara peribadi, kemudahan pembuatan kopi dan teh dan pelbagai lagi.

Bilik yang tersusun rapi dan selesa
Capaian internet yang laju sesuai untuk sesiapa yang mementingkan capaian internet yang sempurna

Apa yang menariknya disini adalah, kesemua biliknya dilengkapi dengan tab mandi. Jadi bolehlah anda gunakan untuk memanjakan diri dengan berendam di dalamnya. Arghh memang terasa segar dan menenangkan. Namun buat anda yang inginkan ruang yang lebih besar, di sini juga terdapat kolam renang untuk anda gunakan.

Ruangan kamar mandi yang luas dan selesa
Berendam di dalam tab mandi. Selesanya!

Selain dari itu, terdapat juga kemudahan lain yang dapat anda nikmati di sini. Antaranya adalah:

  1. Kemudahan spa dan kesihatan
  2. Dip pool
  3. Kemudahan surat khabar harian
  4. Servis teksi dan limosin
  5. Ballroom dan ruangan majlis di Rooftop Garden
  6. Conrciege
  7. Tempat letak kenderaan
  8. Shuttle percuma

Jadi saya jamin pengalaman anda menginap di The Settlement Hotel Melaka ini bakal memberikan satu lagi pengalaman yang menarik buat anda yang berkunjung ke negeri Melaka ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai hotel ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

The Settlement Hotel Melaka

No 63 Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka

75050 Melaka Malaysia.

Tel: +606-2921133

Fax: +606-2924700

Email: enquiry@thesettlementhotel.com / reservation@thesettlementhotel.com

Website: www.thesettlementhotel.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

13 thoughts on “Pengalaman Menginap di The Settlement Hotel Melaka

  • Menarik perkongsian kali ni. Pasti jadi salah satu option bila di Melaka nanti.

    Reply
  • Ada bath tub tu boleh berendam dalam air panas lama-lama bagi hilang stress.

    Reply
  • wow serious deko dalaman dia nampak sangat rapi tersusun dan kemas, I suka betul tengok ! 🙂 nanti pergi Melaka will reconsider this hotel ! kalau 1 malam rm80 bestnya !

    Reply
  • Kalau travel macam ni memang cari bilik yang ada bath tub dan paling penting line internet kena laju sebab nk update. Berapa rate semalam ni?

    Reply
  • Menariklah hotel ni.. Tak pernah singgah lagi, teringin nak menginap dekat situ, tgk sangat selesa.. Teddy bear tu boleh bwk balik tak? Cute sgt

    Reply
  • Nanti leh reeat lagi kot bercuti kat sini. Best kot. Tapi kalau p sehari serius xkan cukup

    Reply
  • i always wanted to go this hotel but find no time to visit yet. reading your post really makes me wanna plan my holiday again..eh.. CNY belum habis nak cuti lagi… lolz

    Reply
  • Pernah menginap kat sini! Memang lain daripada yang lain pengalaman dia. Syok betul! Yang penting dia utamakan nilai sejarah dan budaya dalam penataan dia. Cool habis!

    Reply
  • nampak menarik tempat mandi tu. jarang betul pergi melaka, next boleh la ushar2 kat sini pulak. terbaik lah abam idol.

    Reply
  • Salah satu tempat penginapan yg akan masuk dalam list. Tengok pun menarik je bilik nya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *