Evo Glu – Pelekat Kertas Dari Getah Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai produk Evo Glu iaitu pelekat kertas dari getah asli.

Semua sedia maklum bahawasanya peredaran zaman menuntut semakin banyak penyelidikan dan kajian dalam meningkatkan taraf hidup kita. Sesuai dengan itu, pihak Jupiter Solution telah mengeluarkan gam yang dicipta daripada getah asli.

Gam Evo Glu ini dihasilkan dengan penggunaan getah asli dan telah disahkan dan diuji oleh pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM). Selain daripada menggunakan bahan semulajadi, ianya selamat untuk digunakan oleh anak-anak kita. Tanpa bahan kimia yang membahayakan si manja.

Selain itu juga, pelekat kertas getah asli Evo Glu ini :

1. Bebas dari bahan solvent

2. Produk berasaskan air

3. Mesra alam

4. Pelekat pelbagai jenis kertas

5. Mudah digunakan dengan penutup boleh laras

6. Jangka hayat yang tahan lebih lama

7. Mudah ditanggalkan jika terkena pada kulit

Pelekat Evo Glu ini juga mudah untuk digunakan. Hanya perlu buka penutup bahagian dalam, pusingkan penutup dan sedia untuk digunakan. Ianya juga sesuai untuk anak anda gunakan kerana ianya mudah dan senang untuk kanak-kanak.

Pelekat ini juga sesuai untuk digunakan di pejabat, sekolah dan juga di rumah. Ianya juga sesuai untuk membuat kraftangan kreatif dan juga sesuai digunakan untuk pelbagai jenis kertas seperti dokumen, kadbod, gambar, poster, pembalut hadiah dan lain-lain lagi.

Apa yang boleh saya katakan tentang produk ini adalah ianya cukup selamat dengan penggunaan bahan semulajadi di samping penggunaan teknologi hijau dalam penghasilannya.

Jika anda sayangkan  bumi, gunakanlah produk berteknologi hijau.

Untuk sebarang maklumbalas serta pertanyaan bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

Jupiter Solution

D-28-08 Menara D (MY LOFT) Empire City Damansara,

Jalan Damansara, Damansara Perdana PJU8,

47820 Petaling Jaya Selangor

Telefon: +601133072403

Email: jupitersolution@yahoo.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Evo Glu – Pelekat Kertas Dari Getah Asli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge