Recap: Pekara Menarik di Anugerah Juara Lagu ke 32 (#AJL32)

Assalamualaikum daa salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pekara-pekara menarik yang mungkin anda tidak ketahui sepanjang berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) yang lepas.

Untuk makluman semua, Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) telah berlangsung dengan jayanya pada  Ahad, 11 Februari yang lalu di Axiata Arena Bukit Jalil. Terdapat 12 lagu yang dipertandingkan untuk merebut gelaran juara bagi pertandingan paling berprestij di Malaysia ini. Bertemakan Fesyen dan Muzik, pastinya terdapat pelbagai ragam yang dapat disaksikan sepanjang acara berlangsung.

Berikut adalah senarai penyanyi yang membuat persembahan pada malam tersebut.

Akhirnya, Cinta – Salma (Ajai/Slen)
Aku Cinta – Syamel dan Ernie Zakri (Syamel)
Aku Yang Sebenar – Hazama & The Penglipur Lara (Datuk M Nasir/Ad Samad)
Amboi – Altimet (Navigator/Altimet)
Bayang – Khai Bahar (Alam Harry Khalifah/Patrick Anohada)
Jampi – Hael Husaini (Ezra Kong/Hael Husaini)
Lebih Sempurna – Syamel (Syamel/Edry Abd Halim/Boy Anaz)
Menahan Rindu – Wany Hasrita (Ibnu/Gouffran)
Sejati – Azmi Caliph Buskers (Faizal Tahir/Mike Chan)
Separuh Mati Ku Bercinta – Dayang Nurfaizah (Ajai)
Tergantung Sepi – Haqiem Rusli (Ibnu/Gouffran)
Warkah Untuk Mu – Ara Johari (Hang Nadim/Laq)

Namun tahukah anda sepanjang berlangsungnya acara ini, terdapat beberapa moment menarik pada pengamatan saya untuk dikongsikan bersama anda semua.

1. Stacy membuat persembahan pembukaan dengan bertukar sebanyak 3 kali pakaian sepanjang persembahan berlansung. Perasan tak? Mesti tak perasan kan sebab semua berlaku dengan pantas.

2. Semasa persembahan Syamil, terdapat kesan khas awan dan juga petir. Namun kami yang berada di dewan tidak dapat menyaksikan itu kerana kesan khas tersebut menggunakan teknologi terkini yang hanya anda dirumah dapat menyaksikannya. Sama seperti semasa persembahan Altimet.

3. Semasa persembahan Azmi, terdapat sedikit drama sebelum beliau menyanyi. Pelakon tersebut melakonkan babak sedih. Namun apa yang mencuit hati apabila terdapat penonton memetik nama Sofi Jikan. Satu dewan gelak besar. Hey! Ini part sedih lah, tapi semua tertawa..

4. Sewaktu penghabisan lagu Amboi, Altimet telah menamatkannya dibelakang dewan bersama-sama penonton. Para penonton juga cukup bersahaja dalam menyokong persembahan Altimet dengan menyanyi bersama-sama. Amboi! Saya juga tidak terkecuali.

5. Prop pentas sewaktu nyanyian Hael sepatutnya berputar dengan cara lain tidak seperti mana yang terjadi pada malam kejadian. Namun persembahannya cukup gempak sehingga layak dinobatkan sebagai juara. Semua merah!

6. Sewaktu Sajat muncul dalam segmen di Tonton sewaktu iklan, pengacara Sherry Al-Hadad telah menyanyikan lagu ‘Abang Nak Tegur’ nyanyian Sajat. Sekali lagi dewan gamat dengan gelak ketawa.

Berikut adalah senarai pemenang bagi Anugerah Juara Lagu bagi edisi pada kali ini.

Juara Lagu – Jampi – Hael Husaini (Ezra Kong/Hael Husaini)
Naib Juara – Sejati – Azmi Caliph Buskers (Faizal Tahir/Mike Chan)
Tempat ketiga – Tergantung Sepi – Haqiem Rusli (Ibnu/Gouffran)

Semoga pada tahun depan saya dapat menyaksikannya lagi secara langsung di venue yang ditetapkan. Lagu-lagu yang menang pula semoga enak-enak didengar semuanya.

Better from this year. This year is the best, but hopefully next year is better.

Buat anda yang tak dapat menyaksikan secara langsung ataupun masih ingin melihat persembahan tersebut bolehlah tonton siaran ulangannya di aplikasi Tonton

AJL32 hebat!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Recap: Pekara Menarik di Anugerah Juara Lagu ke 32 (#AJL32)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge