February 22, 2024
Hiburan

Lagu Intan Payung – Bunga Noraniza Idris

Lagu Intan Payung – Bunga Noraniza Idris | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua sihat-sihat belaka. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai lagu terbaharu dari Bunga iaitu Intan Payung. Lagu ini juga menampilkan Noraniza Idris.

Mungkin semua belum begitu mengenali Bunga. Saya juga tidak terkecuali. Namun saya sekadar tahu yang dia merupakan seorang rappers berhijab yang memang terkenal dalam industri rap. Pernah tengok dia beberapa kali dalam program TV. Memang terbaik lah dia. Boleh pergi jauh.

Lagu Intan Payung - Bunga Noraniza Idris
Maklumat Lagu Intan Payung

Komposer: Luca Sickta, Bunga
Lirik: Bunga
Produser: Luca Sickta
Penyanyi: Bunga feat. Noraniza Idris

Mungkin ramai yang sudah mengenali Luca Sicta. Komposer yang cukup terkenal. Lagu-lagu mereka diyanyikan oleh nama-nama besar tanah air. Lagu yang paling menjadi ingatan adalah lagu 7 Nasihat yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Oh! Lagu mereka bersama Datuk M.Nasir juga best. Korang patut dengar.

Lirik Lagu Intan Payung

Lyrics:
(Chorus)
Ala payung la payung si intan payung
Dipandang rendah setahun jagung
Perlahan dayung asal sampai ke hujung
Jangan lah sanjung kaduk naik junjung

(Verse 1)
Terasa diri terpinggir sebab tak percaya
Ingin hidupku disingkir sebab tak percaya
Jadi dari saat itu mencari kunci tiap pintu
Tak peduli berapa lama janji tu pasti kan tiba masa

Dan mana ? sudah sampai mana ?
Pijak pedal lama dah kayuh merata
Nak berjaya mesti gagal dulu
Tak percaya boleh cuba jangan malu

Jadi aku
Biarpun makan berbulan
Nak juga capai angan di awan
Sampai nama jadi sebutan dan tak lupa yang hulurkan tangan

(Pre Chorus)
Bunga tak akan layu jika kita menyemai baja
Bagai si gadis ayu indah santun jika dijaga

(Chorus)
Ala payung la payung si intan payung
Dipandang rendah setahun jagung
Perlahan dayung asal sampai ke hujung
Jangan lah sanjung kaduk naik junjung

(Verse 2)
Bukan senang nak hidup senang
Ada sampan, sibuk nak berenang
Jaga jaga, ada mata mata, yang hati tak tenang
Tengok orang menang

Cuba nak ubah cuma perlu satu
Cuba cermin rupa cuma ada aku
Tak hirau walaupun tak laju
Janji bukan wau yang putus teraju

Siapa kata ku tak boleh
Yang toleh toleh dulu pandang remeh
Dipijak diherdik dah berdolak dalik
Terlajak dek kata tak boleh tarik

Perlahan dayung eyahh
Sampai ke hujung eyahh
Jangan sanjung kaduk naik junjung eyyah

(Chorus)
Ala payung la payung si intan payung
Dipandang rendah setahun jagung
Perlahan dayung asal sampai ke hujung
Jangan lah sanjung kaduk naik junjung

(Chorus)
Ala payung la payung si intan payung
Dipandang rendah setahun jagung
Perlahan dayung asal sampai ke hujung
Jangan lah sanjung kaduk naik junjung

(Chorus)
Ala payung la payung si intan payung
Dipandang rendah setahun jagung
Perlahan dayung asal sampai ke hujung
Jangan lah sanjung kaduk naik junjung

Muzik Video Lagu Intan Payung
Muzik Video Bunga Intan Payung

Bagaimana korang? Ok tak lagunya? Serius aku suka dengar lagu ini. Terdapat elemen tradisional dan macam biasa lagu Luca Sickta memang penuh unsur nasihat dan teguran. This is what we need in Malaysia song. Not only as hiburan tetapi menyelitkan unsur-unsur nasihat. Asyik lagu cinta sesama manusia pun lemas jugak kan. Hahaha

Lebih berita hiburan KLIK DI SINI

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *