Maksud Lagu Tudung Periuk – Dayang Nurfaizah

Maksud Lagu Tudung Periuk | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai lagu Tudung Periuk nyanyian Dayang Nurfaizah.

Lagu Tudung Periuk

Saya telah mendengar sebuah lagu nyanyian Dayang Nurfaizah bertajuk Tudung Periuk. Agak unik juga lagu jika diberikan tajuk Tudung Periuk pada zaman sekarang. Lagi pula liriknya agak tidak dapat saya fahami.

Mungkin terlalu dalam maksud yang ingin disampaikan. Namun setelah saya membaca laporan akhbar, rupanya lagu ini adalah nyanyian asal dari Tan Sri P.Ramlee dan juga Puan Sri Saloma.

Ianya merupakan lagu tahun 1957 dari filem Sumpahan Orang Minyak. Oh! Begitu rupanya. Patutlah liriknya agak mendalam.

Hai tudung periuk
Tudunglah periuk
Hai pandailah menari
Menarilah lagu putera mahkota
Kainlah yang buruk
Hai berikan kami
Buat menyapu buat menyapu
Si airlah mata

Saya pun tontonlah video tersebut di Youtube.

Lagu Tudung Periuk nyanyian Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma

Tertarik saya pada satu komen tulisan Saudara Amir Hamzah berkaitan maksud lirik lagu ini. Berikut adalah maksudnya.

Tudung periuk pandai menari..

Membawa maksud apabila nasi yang kita masak itu telah mendidih dan mengelak sehingga tudungĀ  itu menari di bibir periuk tadi, tapi beras yang menjadi nasi itu masih tidak jatuh ke tanah. Ini memberi maksud orang tua-tua Melayu terdahulu mempertahankan tanah air ini dari jatuh ke tangan bangsa asing miskipun terpaksa menggadaikan nyawa demi untuk anak cucu dimasa hadapan supaya tidak lapar dan susah.

Menarilah tarian putera mahkota.

Membawa maksud mengikut perintah dan taat setia untuk mengangkat darjat supaya bangsa melayu menjadi raja memerintah negara. Tetapi dalam rangkap seterusnya memberi maksud yang sangat mendukacitakan.

Kainlah yang buruk berilah kami untuk mengelap si air mata..

Ia membawa maksud yang sungguh mengecewakan harapan orang tua-tua terdahulu apabila maksud kainlah yang buruk berilah kami. bermakna bangsa melayu hari ini mengharapkan belas kasihan supaya dapat berteduh di tempat sendiri meskipun terpaksa merempat di tanah air sendiri, serta hidup dalam kesedihan sambil melihat semua yang di pertahankan oleh orang tua-tua melayu telah jatuh ke bangsa asing. Kini melayu hanya mampu menangis melihat kebanggaan hakĀ  bangsa telah di ambil oleh bangsa asing.

Mendalam bukan maksud lirik lagu tersebut. Akhirnya dapat juga saya fahami maksud yang ingin disampaikan. Jadi sayu pun ada bila tahu kisahnya.

Tahniah buat Dayang Nurfaizah yang menyanyikan kembali lagu ini untuk album terbarunya iaitu Belagu.

Lagu Tudung Periuk nyanyian Dayang Nurfaizah

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *