Resepi Daging Harimau Menangis – Sedap dan Mudah

Resepi Daging Harimau Menangis | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara untuk menyediakan daging harimau menangis.

Alkisahnya bermula bila saya ternampak kawan-kawan share mengenai masakan ini di media sosial. Jadi saya pun teringin nak makan juga.

Nak beli rasa macam tak padan. Ye lah, perut besar, satu portion tak cukup 😂. Tu baru perut sendiri. Kalau kat rumah ramai orang, lagilah tak cukup.

Jadi saya decide untuk buat sendiri jelah. Sekilo daging boleh makan banyak kali. Sos pencicah pun buat sendiri. Senang sahaja.

Resepi dari Google yang diubahsuai mengikut tekak aku.

Bahan Perapan
1 kg Daging lembu
4 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Gula Perang
1 sudu besar Lada Hitam
1 sudu besar Jintan Manis
4 ulas Bawang Putih
2 sudu Minyak Masak

Resepi Sos Pencicah

10 biji Cili Hijau
2 ulas Bawang Putih
2 sudu besar Gula
4 tangkai Akar Ketumbar
2 biji air Limau Nipis
1 sudu besar sos Ikan

Masukkan daging dalam kuali dan goreng sehingga kering air dan daging masak empuk. Tak payah letak minyak sebab masa kisar bahan tadi dah letak minyak.

Sos pencicah pula kisar kesemua bahan tersebut dan letak daun ketumbar semasa menghidang. Waallah!

p/s: Pinggan yang digunakan ni dari MCS tau. Dapatkan 10 % diskaun dengan kod MCSAMIR 😉

https://mycookingstory.com/?ref=MCSAmir

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Resepi Daging Harimau Menangis – Sedap dan Mudah

  • December 25, 2020 at 3:21 am
    Permalink

    The dish looks yummy no doubt…but the name is peculiar. 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge