Maksud Palatau , Makna Palatao – Bahasa Apa?

Maksud Palatau , Makna Palatao – Bahasa Apa? | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai perkataan palatau, palatao.

Maksud Palatau
Maksud Palatau

Sejujurnya kalau tanya saya, saya sendiri pun sebelum ni tak tahu. Saya mula-mula ingatkan perkataan bahasa Inggeris. Rupanya palatau adalah perkataan loghat utara.

Sejujurnya kalau tanya saya, saya sendiri pun sebelum ni tak tahu. Saya mula-mula ingatkan perkataan bahasa Inggeris. Rupanya palatau adalah perkataan loghat utara.

Palatau adalah singkatan kepada ‘Kepala Tahu”. Kenapa palatau? Ia adalah singkatan kepada kepala tahu itu tadi. Bila masa boleh guna perkataan palatau ni?

Ianya digunakan apabila ada orang yang buat-buat tahu sesuatu perkara padahal sebenarnya dia tak tahu pun. Dalam bahasa Melayu piawai kita boleh simpulkan palatau ini sebagai memandai-mandai. Buat kesimpulan sendiri dan buat kepala sendiri. Itulah maksudnya untuk mudah faham.

Contoh ayat, “Hang ni Amir, tak payah nak buat palatau kat sini la. Aku tahu yang hang tu tak tahu apa pun”.

Saya dulu terkial-kial nak tahu maksud palatau ni. Mana tidaknya saya ingatkan dari bahasa Inggeris. Rupanya kawan dari Kedah cakap perkataan palatau ini asalnya dari sana. Jadi barulah saya tahu.

Tapi memang saya dah lama tahu maksud palatau ni. Tapi saya sendiri buat-buat palatau dengan menyimpulkan sendiri maksudnya. So saya pun spesis palatau jugaklah. Hahaha

Baca lanjut tentang Palatau di carian Google.

Baca entri lain di amirnawawi.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *