April 20, 2024
Travel

Menikmati Keindahan Alam Semulajadi Terbaru di Laluan Awana Bio Park

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai laluan alam semulajadi di Awana Bio Park.

Sebut sahaja Genting Highland pasti kita terbayangkan pusat peranginan tanah tinggi yang sejuk yang penuh dengan permainan yang menyeronokkan. Namun tahukah anda yang di Genting Highland juga terdapat hutan hujan tropika yang cantik dan kaya dengan biodiversitinya.

Hutan yang berjaya disaksikan dari puncak gunung di Genting Highlands

Para pengunjung kini berpeluang untuk mendalami ekosistem hutan yang lengkap – menjadi satu lagi sebab tambahan untuk berkunjung ke Awana, sebuah hotel lima bintang yang menyediakan padang golf 18 lubang yang teramat luas, pemandangan gunung-ganang yang indah, kolam renang yang mempunyai sistem pemanasan dan bermacam-macam jenis fasiliti sukan.

Sehubung dengan pengenalan tiga laluan jalan hutan baru dan juga usaha untuk memulihara tumbuh-tumbuhan periuk dan buluh di Awana Bio Park, hutan hujan tropika yang sudah berusia lebih dari 130 juta tahun dan juga kaya dengan biodiversiti tersebut menggalakkan para pencinta alam untuk datang melawat dan meneroka keajaiban ekologi di sana yang jaraknya hanya 15 minit berjalan dari hotel.

Awana Bio Park juga merupakan usaha Resorts World Genting untuk meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya biodiversity. Dalam proses membangunkan resort tersebut, hanya .4% yang digunakan daripada kawasan sekeliling untuk proses pembangunan, ini demi menjaga keindahan hutan hujan itu, dan ini juga merupakan langkah seterusnya daripada usaha tersebut.

Oleh yang demikian, hutan hujan Gunung Ulu Kali ini masih terjaga rapi dengan flora faunanya dijaga dengan sebaik mungkin untuk kelestarian hidupan tersebut.

Eddie Chan dari TREKS

Resorts World Genting bekerjasama dengan pakar alam semulajadi, Treks, untuk projek-projek yang melibatkan keseluruhan hutan bersama dengan Eddie Chan dan Pat Ang, yang akan membimbing dan juga berkongsi maklumat-maklumat menarik dengan para pengunjung.

Aktiviti ‘bird-watching’

Kumpulan pakar tersebut juga akan tunjukkan kepada anda pokok-pokok langka, burung-burung eksotik dan juga spesis-spesis yang tidak biasa kita jumpa yang tersorok, selesa dalam bayang-bayang hutan, dalam masa yang sama melibatkan kecanggihan teknologi untuk pengalaman pembelajaran-penerokaan yang menyeronokkan.

Tidaknya dengan melihat flora dan fauna tersebut, terdapat juga aktiviti menarik yang dapat anda gunakan untuk menjadikan pembelajaran mengenai alam semulajadi ini semakin menyeronokkan dan diingati. Memang sesuai untuk orang dewasa dan juga untuk anak-anak kecil.

Permainan Cipta Perkataan

Antara aktiviti yang saya telah lalui adalah permainan cipta perkataan dan juga pengimbasan menggunakan NFC untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan alam semulajadi tersebut.

Di hadapan Pusat Pemuliharaan  Periuk Kera (Pitcher Plant Conservation)

Selain itu juga, melalui aktiviti Jejak Pemuliharaan ini anda akan bertemu dengan Periuk kera. Pusat Pemuliharaan  Periuk Kera (Pitcher Plant Conservation) ialah tempat yang agak menarik untuk melihat tumbuhan-tumbuhan karnivor. Selain itu juga, jika anda bertuah, anda akan bertemu dengan burng-burung yang berterbangan bebas di sana seperti  burung Hornbill.

Encik Henry Goh memberikan penerangan ringkas mengenai burung yang dijumpai di Fashion Forest Genting Highlands
Tidak hanya orang dewasa, kanak-kanak juga sesuai menyertai aktiviti ini.

Untuk kesemua aktiviti ini, hanya RM75 seorang untuk Jejak Pemuliharaan (Conservation Trail), RM95 seorang untuk Hutan Herba (Herb Forest) dan RM135 seorang untuk Jejak Biodiversity (Biodiversity Trail). Sekumpulan bertiga adalah yang minimum untuk setiap laluan.

Saya juga tidak terkecuali melihat keindahan alam semulajadi di sini

Sebenarnya sebelum ini saya telah menyertai program seperti ini. Cukup menarik dan mempesonakan. Untuk anda yang ingin membaca pengalaman saya sebelum ini bolehlah baca lanjut mengenai aktiviti ini bolehlah baca di entri saya yang sebelumnya, klik di sini. 

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

Trek Events : +60133993667 (Eddie Pang)

Email: info@treks.events

Website: www.rwgenting.com  

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *