October 11, 2024
Travel

Nikmati Keindahan Alam Semulajadi Di Fashion Forest Genting Highlands

Fashion's Forest

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berda dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai aktiviti lain yang menarik boleh dilakukan di Genting Highlands Malaysia.

Semua sedia maklum bahawasanya Genting Highlands dikenali sebagai tempat hiburan namun terdapat aktiviti lain yang anda dapat lakukan di sini selain dari aktiviti yang biasa anda lakukan. Saya pasti ianya lebih menarik untuk anda cuba kerana aktiviti ini jarang untuk kita lakukan ditempat lain.

Tahukah anda bahawasanya di Genting Highland flora dan funanya dijaga rapi dan sebarang pembangunan yang dilakukan adalah dalam keadaan terkawal tidak seperti di Cameron Highlands? Oleh yang demikian, pepohonan yang ada di sini dikawal selia dan tidak dibenarkan ditebang sesuka hati. Penerokaan asing juga tidak dibenarkan di sini. Oleh yang demikian, bukit bukau di sini masih dalam keadaan seadanya.

Hutan yang berjaya disaksikan dari puncak gunung di Genting Highlands
Hutan yang berjaya disaksikan dari puncak gunung di Genting Highlands

Unutk makluman semua, pada hujung minggu lepas, saya telah menghadirkan diri untuk meneroka Fashion Forest di Genting Highlands ini. Untuk makluman semua, hutan hujan yang berusia lebih 130 juta tahun ini menyajikan pelbagai flora dan fauna untuk diterokai.

fashion forest 3

Oleh yang demikian, pihak Treks Nature Enterprise telah menyajikan pelbagai program untuk anda terokai bila berkunjung ke Genting Highlands ini. Kesemuanya adalah untuk anda lebih menghayati apa yang ada di dalam hutan hujan tropika yang antara tertua ini sekaligus mengenalkan anda dengan flora dan fauna yang ada di dalamnya.

Sepanjang menyertai trip 2 hari 1 malam, terdapat pelbagai aktiviti yang dirangka untuk kami lebih mengenai Fashion Forest ini. Encik Eddie Chan dan juga Pat Ang dari Treks Nature Enterprise mengetuai aktiviti kami ini. Pertama sekali kami dibawa melawat ke dalam hutan hujan tropika atau lebih dikenali sebagai Fashion Forest.

fashion forest

Kami dibawa oleh Encik Eddie ke dalam Fashion Forest ini sambil mengenali dengan lebih dekat flora dan fauna yang ada di dalamnya. Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai flora dan fauna yang ada di dalam hutan ini yang menanti kehadiran anda. Hutan montane-Ericaceous terletak di altitud 1500 meter dan hutan Hill Diprerocarp pula merupakan hutan yang paling ekstensif yang wujud di antara altitud 300-700 meter.

Bergambar bersama pokok antara yang tertua di hutan ini.
Bergambar bersama pokok antara yang tertua di hutan ini.

Banyak pokok-pokok yang kami jumpa dan amat tertarik untuk saya mengenalinya. Wah! Ini pertama kali saya melihat sendiri buah acorn ini. Biasanya sebelum ini memang tidak pernah saya melihatnya secara nyata. Biasanya hanya di dalam TV sahaja. Cukup mengujakan!

ini buah acorn guys!
ini buah acorn guys!
Anai-anai bergerak bebas di hutan ini.
Anai-anai bergerak bebas di hutan ini.
ini pula dikenali sebagai buah rotan
ini pula dikenali sebagai buah rotan

Selain itu juga, aktiviti lain yang dijalankan adalah herping. Ini adalah merupakan pertama kali saya mendengar perkataan ini. Herping adalah perkataan yang bermaksud aktiviti mencari reptilia ataupun mamalia secara bebas di dalam hutan bukannya mencari haiwan yang telah ditangkap di dalam sangkar. Maksud ringkasnya ialah mencari reptilia secara langsung dalam hutan. Menarik kan?

Encik Steven Wong memberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti ini
Encik Steven Wong memberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti ini

Aktiviti herping ini diketuai oleh Encik Steven Wong iaitu Ketua Koordinator untuk Herpetofauna Special Interest Group of MNS cawangan Selangor. Beliau merupakan seorang pakar dan telah mempunyai banyak pengalaman dalam aktivti herping ini. Jom lihat antara reptilia dan juga amfibia yang kami jumpa pada malam tersebut.

Kesemua haiwan ini dijumpai pada aktiviti herping malam tersebut
Kesemua haiwan ini dijumpai pada aktiviti herping malam tersebut

herping 3 herping 5 herping 6

Keesokannya pula kami menyertai aktiviti Bird Watching yang diketuai oleh Encik Henry Goh. Encik Henry merupakan Presiden Malaysia Nature Society (MNS). Pengalaman yang beliau ada dikongsikan bersama kami sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Encik Henry Goh memberikan penerangan ringkas mengenai burung yang dijumpai di Fashion Forest Genting Highlands
Encik Henry Goh memberikan penerangan ringkas mengenai burung yang dijumpai di Fashion Forest Genting Highlands

Kami diajar untuk mengenali jenis burung dan perilaku mereka. Diberitahu oleh Encik Henry bahawasanya waktu terbaik untuk melihat burung adalah pada waktu pagi kerna waktu inilah burung-burung akan leuar dari sarangu ntuk mencari makanan mereka. Pernah dengar peribahasa Ingggeris, ‘Early birds catch the worm’?. Ya! Sebab itulah burung ini akan keluar waktu pagi.

Jom saksikan beberapa aktiviti yang dilakukan sepanjang aktiviti ini.

bird watching 2 bird watching 3 bird watching 4

Selain itu juga, antara yang menjadi tarikan adalah pokok periuk kera yang dijumpa di Genting Highlands ini. Tahukah anda yang periuk kera ini pada asalnya hanyalah 3 jenis sahaja. Namun setelah mereka menjalani proses kacukan secara semulajadi maka terhasilah pelbagai lagi varian yang lain.

Antara varian Periuk Kera
Antara varian Periuk Kera

Pokok periuk kera yang dijaga boleh dilihat umum di Treks Nepethens Conservation & Display Wall di English Garden di Theme park Hotel dan di Hotel Awana sendiri.

Bergambar di English Garden
Bergambar di English Garden

Dengan serendah RM75 untuk seorang, aktiviti sebegini dapat dilakukan dan dinikmati walaupun secara amnya tour semulajadi sebegini boleh mencecah RM130 untuk seorang pada minima 3 orang setiap kumpulan. Banyak lagi pakej lain yang ditawarkan oleh Treks untuk memnuhi keperluan pelbagai jenis kumpulan termasuklah individu, keluarga, dan juga badan korporat. Harga berbeza mengikut pakej.

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi 03-27181118 ataupun layari www.rwgenting.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Nikmati Keindahan Alam Semulajadi Di Fashion Forest Genting Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *