October 4, 2024
Hal-hal Semasa

Ninja Van, Angkat Telefon Anda Jika Mahu Barang Anda Dihantar

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah kali ini saya ingin kongsikan pengalaman bersama Ninja Van.

Semua sedia maklum yang negara kita terdapat banyak perkhidmatan kurier. Dan Ninja Van adalah salah satu daripadanya. Saya kaki shooping online dan semua tahu akan itu. Tidak dapat disangkal lagi. Dan yang pastinya kalau si kaki shooping online ini, kepantasan barang diterima adalah paling utama.

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman bersama Ninja Van. Ninja Van adalah salah satu kurier yang digunakan oleh merchant Lazada untuk penghantaran. Ini bukan kali pertama barang saya dihantar oleh Ninja Van, sebelum ini memang tak sampai 24 jam barang yang saya pesan di Zalora sampai oleh saya. Pantas!

Namun kali ini barangan yang saya terima memang telah sampai sebelum 24 jam. Yang ralatnya ialah saya tidak angkat telefon (saya terima 1 miss call, mungkin dari Ninja Van). Dan selepas itu saya terima satu email yang menyatakan bahawa tiada orang di rumah.

ninja van

What? Semua ahli keluarga saya berada di rumah sepanjang hari kot. Hari cuti ni la kami berkumpul beramai-ramai. Mana mungkin keluarga kami tiada di rumah? Betul ke anda sampai ke rumah kami? Ke bila tak dijawab panggilan telefon itu bermakna tiada orang dirumah?

Jadi konklusi yang dapat saya simpulkan bila berurusan dengan Ninja Van ialah,

ANDA KENA ANGKAT PHONE ANDA KALAU ANDA MAHU BARANG ANDA DIHANTAR. fullstop!

Kalau tidak anda diklasifikasikan anda tiada dirumah walaupun berpuluh orang ada dirumah.

Selepas reschedule, barangan saya dijangka sampai hari Isnin. Lebih dari 48 jam juga la baru dapat barangan saya ni. Terima kasih Ninja Van!

ninja van 2

UPDATED: Menurut penghantar barangan tadi, memang polisi dia akan call pada hari Sabtu sebab kerja separuh hari. Kalau call tak angkat memang mereka tak hantar. Hari lain mereka akan datang ke alamat tersebut. Tapi bukan pada hari Sabtu. Sabtu call angkat baru datang.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

13 thoughts on “Ninja Van, Angkat Telefon Anda Jika Mahu Barang Anda Dihantar

  • Maru thevani

    Saya surirumah sampai sekarang tidak Ada sesiapapun Dari ninja van datang ke rumah saya. Lagi saya tak Terima sebarang panggilan Dari ninja van. Betulke u orang datang…?

    Reply
  • nurhidayah

    sy ad terima pggln dr ninjavan tye kn alamt tp smpai skrg xde brg smpai..

    Reply
  • syed ahmad syed ali

    saya pun sama xada wakil dri ninja van yg call pun… betul ke dia orang ni kerja…tunggu punya tunggu brg xsmpai2..call balik ke pejabatnya..katanya brg dah hantar balik..katanya xada orang kat rimah

    Reply
  • MIMI MUNIRA

    SAYA PUN X ANGKAT PANGGILAN TP XDE DPT EMAIL DR NINJA VAN,MCM MANA YA?????SY CHECK TRACKING STILL PENDING

    Reply
  • saya ahmad maslan

    saya x pernah dapat apa apa pun call dari ninja van ,apatah lagi menunggu keadatangan ninja van ke rumah saya apatah lagi menanti ketibaan ninja van , ini kerana saya tidak pernah order barang …

    Reply
  • Maaf tumpang tanya?brapa no pejabat ninja?barang saya pm xsampai lg.

    Reply
  • Husna hisham

    Ninjaa van nii diaa hantar alamat slh saya hairan diaa x reti baca alamat ka ala nasib la tuan rumah yg terima tu baik hati cari alamat rumah sy dan alhamdullilah brg smpaii

    Reply
  • Ninjavan memang akan call pada hari Sabtu sahaja ke ? Hari lain diorang tak call?

    Reply
  • Kaki Ayam

    Saya pembaca yang memikirkan masa untuk shopping di masa hadapan

    Reply
  • CustomerYgMnggu

    Yer ker, barang aq xsampai pun, terima panggilan pun xda, cek id tracking, customer xda d rumah 2x dah. Rumah aq sentiasa ja ada orang, sbb pakai kurier lain xda masalah pun poslaju, abx, citylink.. Jarang barang lambat tapi kurier ninja ni mcm bermasalah..

    Reply
    • Ye sama lah, mcm mne nk boleh barng nii? Dkt 1 minggu dh tunggu tapi xsmpai2 (0199774642)

      Reply
  • Dodol

    Ye la tu. Ninja van ni scammer. First time guna. Dah seminggu masih xde khabar berita. Call pun xde. Very slow . check tracking no pun masih Sama jerr. (Arrived at ninja van warehouse).

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *