December 9, 2024
Travel

Plaza Premium Lounge klia2

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu tempat penginapan di klia2 iaitu Plaza Premium Lounge.

Mungkin semua pernah melalui perjalanan yang memenatkan dan terpaksa transit di klia2 untuk beberapa jam. Mungkin ada juga yang penerbangan awal pagi dan terpaksa pergi malam kerana kekangan tertentu. Saya pernah dulu selama 12 jam terkandas di LCCT kerana menunggu flight ke Kota Bharu. Flight saya dari Kota Kinabalu sampai ke LCCT pukul 7 malam dan flight saya seterusnya ke Kota Bharu pukul 7 pagi. Memang naik kematu la mata.

Tu belum fikirkan tempat tidur dan tak mandi seharian. Memang tidak selesa. Mencari dicelahan kerusi untuk melelapkan mata buat seketika. Memang tidak selesa. Pastinya bila bangun tidur munculah jerawat dua tiga biji disebabkan oleh hormon badan yang tidak stabil. Ya! Bila saya kekurangan tidur, muka saya berminyak dan memang akan muncul jerawat. Selalu terjadi macam ni.

Bila wujudnya Plaza Premium Lounge ini dapatlah untuk sesiapa yang berada di klia2 untuk bermalam merehatkan minda di sini. Bukan itu sahaja, ada juga tempat untuk membersihkan diri dan makanan ringan. Ruangan santai juga disediakan dengan perkhidmatan televisyen dan wifi.

premium lounge 4

Berikut adalah sebutharga untuk perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.

  • Single Room (Sleep 1)

Offer 1 single bed

3 jam (RM188)

5 jam (RM208)

10 jam (RM228)

  • Studio (Sleep 2)

Offer 1 bunk bed

5 jam (RM288)

  • Traveller Suite (Sleep 4)

Offer 2 bunk bed

5 jam (RM458)

  • Family Suite

Offer one queen and one bunk bed/ 2 twin beds dan 1 bunk bed/ 1 double bed dan 1 bunk bed

5 jam (RM458)

premium lounge 1 premium lounge 5 premium lounge

Ruangan santai dengan makanan dan minuman disediakan.
Ruangan santai dengan makanan dan minuman disediakan.

Di atas adalah harga bagi perkhidmatan mereka. Bagi setiap bilik yang diinap terdapat bilik air serta kit mandi yang disediakan. Memang sesuai untuk menunggu penerbangan seterusnya. Plaza Premium Lounge ini juga betul-betul berada di pintu perlepasan di klia2 ini. Bersiap,  keluar bilik dan terbang!

Jadi untuk sesiapa yang ingin menginap di sini bolehlah menghubungi Plaza Premium Lounge di plaza-network.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “Plaza Premium Lounge klia2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *