#AABCPenangTakeOver Memang Ohsem!
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. smeoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini abang inign kongsikan dengan anda semua mengenai perjalanan abang ke Penang pada bulan yang lepas ditaja sepenuhnya oleh AirAsia dan Penang Global Tourism.

Ekpedisi ini sebenarnya untuk mereasai makanan serta melihat warisan yang ada di Pulau Pinang ini. Sebelum ini saya pernah datang ke Pulau Pinang, namun kedatangan kali ini tidak sama dengan yang sebelumnya. Oh!
Trip kali ini memang best sebab ada ramai kawan yang kenal. Memang ohsem semuanya mereka ni. Memang best la kan kalau semua tu sekepala. Memang havoc giler la jadinya. Ah! Sehari sebelum takeover tu memang tak tidur. Almaklumlah terlampau excited.
Alkisahnya flight kami pagi, bukan sekadar pagi tapi awal pagi. Jadi saya bermalam di Plaza Premium Lounge di KLIA2. Ini untuk mengelakkan dari tertinggal flight. Gitewww.. Jadi perjalanan kami bermula dari 6.45pagi dan sampai setelah 45 minit kemudian.
Sejurus sampai, kami semua check-in di Hotel Olive Tree. Ini Hotel terbaru di Pulau Pinang dan memang betul-betul berhadapan dengan PISA. Nanti kalau PISA dah siap konfom hotel ni sentiasa penuh. Nak cakap betapa barunya hotel ini sampaikan masuk bilik pun bau tajam lagi. Alaa dalam bahasa senangnya masih bau kedai la..hehe.
Memandangkan kami tiba terlalu awal, jadi kami minum-minum dahulu sebelum masuk. Memang sedap juga makanan yang disediakan di kafe bawah hotel ini. Lagipun kami memang betul-betul lapar..
Masuk ke bilik dan seterusnya sesi senang lenang. Kerana tentatif bermula pada sebelah malam. Jom tengok bilik tempat saya menginap dahulu.
Menarik bukan? Pada sebelah malam kami semua ke Bali Hai Seafood Restaurant. Jom kita tengok dahulu teaser tempat ini. Nanti saya kongsikan dengan lebih teliti di lain entri.


Setelah itu kami pulang ke hotel dengan kenyangnya. Maklumlah dah berbakul-bakul makanan kami telan. Maunya tak kenyang perut. Kenyang perut mata pun makin kuyu. Ditambah pula malam sebelumnya saya tidak tidur. Memang nyenyak la jawabnya. Landing je kat katil terus lenaaaa dibuai mimpi.
Habis alkisah hari pertama
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hari kedua pun bermula. Yeah hari yang dinantikan telah pun tiba. Explorace mencari makan pun telah bermula. Semangat kami turun semua ke lobi. Pembahagian kumpulan pun dimulakan. Saya satu kumpulan dengan roshila dan Kak ruby. Memang gempak la group nih.
Jom kita tengok beberapa gambar yang kami ambil sepanjang explorasi kami. Sebenarnya explorasi kami ni bukan sekadar makan penuhkan perut sahaja, tetapi kena juga selitkan unsur-usur kesenian dan warisan dalam perjalanan. Apa lagi kami posing dan posing sahaja la.
Jalan punya jalan, akhir sekali perut pun kembali lapar. Bila dah lapar tu makan la kembali kan. Macam tu la rutin kami pada hari tersebut. Makan dan makan je kerjanya.


Alih-alih dah sampai tengahari, cuaca pun dah makin panas. Kitorang semua ni kan rakyat Malaysia. Mana la nak tahan dengan matahari panas terik ni. Kalau mat Salleh tu memang la diorang nak berjemur, kami pulak ya ampun memang nak lari la dari panas. Tambah-tambah lagi aku ni. Belum apa-apa dah becak ketiak. Almaklumlah badan besar sedabak.

Jadi untuk mengelakkan daripada badanku lebih banjir dibasahi peluh, kami semua bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan bas Hop On Hp Off. Naik je bas ni memang best giler. Aircond sejuk dan nyaman. Tak sia-sia weh naik sini. Makan bermulalah kembali kisah kami meneroka penang dengan bas pula.

Setelah selesai menerokai sekitar bandar Georgetown ini, kami kembali ke hotel. Bersiap untuk malamnya pula. Sebelah makam kami ke Restoren Hainan di Penang. Di sini kami dihidangkan dengan makanan tradisi Cina. Pada akhir majlis ini, pengumuman juara telah dilakukan. Tahniah kepada yang menang! Dapat terbang ke luar negara kau.. Memang rezeki diorang.

Walaupun kami tak menang, yang penting kami enjoy. Perut pun senang. Tak gitu?
Makan berakhirlah alkisah kami di sini. Kami kembali ke Kuala Lumpur setelah penatberlari-lari anak di Penang ini. Saya memang syorkan kepada anda semua untuk turut menjelajahi Penang. Banyak tempat yang menarik yang patut anda pergi. Oh!
Nantikan entri lain berkenaan makanan enak di Penang pula ya. 🙂
AM: Pulau Pinang pulau mutiara. Memang tempat yang menarik di Malaysia untuk dikunjungi.