Selera Citarasa Baru Seafood di Resort Seafood

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Dalam entri kali ini ingin saya kongsikan tempat makan yang terbaru di Genting iaitu Resort Seafood.

SEAFOOD2

Suasana yang kondusif untuk menikmati makanan
Suasana yang kondusif untuk menikmati makanan

Untuk makluman semua, Resort Seafood ini menyajikan makanan berasaskan steamboat. Bukan seperti hidangan buffet biasa, Resort Seafood menyajikan makanan dengan pesanan. Sebelum makan, anda kena pesan dahulu mengikut set mana yang anda inginkan.

Terdapat pelbagai pilihan makanan laut, daging, sayuran dan cendawan untuk dinikmati. Terdapat pelbagai juga pilihan sup untuk dipilih, antaranya sup ayam, toyam dan sup ayam kampung. yang paling menarik dan ekslusif adalah pilihan sup kepala ikan. Oh!

SEAFOOD3 SEAFOOD4

Itu belum lagi pilihan sos yang disediakan segar di dapur oleh Chef mereka. Terdapat pelbagai pilihan sos pencicah untuk dinikmati. lebih 20 sos yang disediakan. dan untuk lebih menarik, anda boleh mencampur pilihan sos ini bersama.

seafood genting 3

Bukan hanya daging biasa yang dihidangkan, terdapat juga pilihan ekslusif seperti daging wagyu, denver lamb ribs, itik salai dan tak kurang daripada 20 jenis ikan dan kekerang. Dihidangkan dengan Emperor’s Noodles untuk pengakhiran yang menarik.

Seafood genting seafood genting 5

Resort Steamboat menyajikan set steamboat dari RM108 per set sehingga RM638 per set. Satu set boleh menyaji seramai 2 hingga 8 orang. Menarik bukan? Oh! harga untuk ahli Genting munkin berbeza.

Resort steamboat boleh memuatkan sehingga 256 orang dalam satu-satu masa dan beropreasi setiap hari dari 12 hingga 2.30 petang untuk makan tengahari dan untuk makan malam dari 6 petang hingga 10 malam.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi 0361011118 atau layari www.rwgenting.com

 

AM: Suka dengan kesegaran makanan laut mereka..

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge