October 7, 2024
Hiburan

Sebalik Tabir Keadaan di Genting Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai program yang saya sertai beberapa minggu lepas di Genting Highland iaitu program Behind The Scene.

Untuk makluman semua, kita sedia maklum bahawasanya Genting merupakan antara tempat didunia yang mempunyai antara hotel yang  terbesar. Sekarang Hotel First World mereka merupakan yang kedua terbesar di dunia selepas Las Vegas (pembetulan: First World Hotel merupakan hotel yang terbesar didunia!) . Jadi kadang-kadang saya terfikir juga bagaimana mereka beroperasi dibelakang tabir bagi menguruskan hotel sebesar ini.

Jadi dalam program Behind The Scene ini saya dan rakan-rakan telah dibawa untuk meninjau dan merasai sendiri pengalaman berada di belakang tabir program Behind The Scene ini. Menarik juga la apa yang saya ketahui.

Pertama sekali adalah pergi ke bahagian yang menguruskan cadar, linen dan sebagainya tu. Kalau dulu selalu saya terfikir bagaiamana mereka menguruskan segala cadar, tuala dan segala tu dengan begitu banyak. Kalau nak diikutkan memang tak logik la kalau guna mesin basuh normal yang biasa. Dimana mereka jemur segala benda tu semua? Kalau hujan bagaiamana? Itu antara persoalan yang muncul dalam minda saya.

GENITNG2

Memang itulah apa yang saya fikirkan, namun sebenarnya mereka mempunyai loji memproses kain ini di sana. Ini merupakan antara dobi yang terbesar di Malaysia. Kalau tak silap saya juga di Asia. Wah! Memang cepat sesuatu kain atau tuala itu dibasuh. Yang penting tak payah jemur! Siap di iron lagi…

GENTING1

Selepas selesai melawat dobi, kami dibawa pula kebawah untuk program membuat bento dan menghias donut. Kalau dulu sesi ini ialah sesi membuat sushi  dan menghias cupcakes. Memang menarik. Semua peserta tekun menghias donut mereka. Almaklumlah sudah tengahari. Semua sudah lapar barangkali..hehe

GENITNG5
Ini pula bento yang saya buat. Konsepnya ialah bear berselimut salad namanya.

GENTING3 GENITNG4

Setelah selesai sesi membuat bento dan menghias donut itu, kami semua dibawa ke Genting International Showroom. Di sini kami diberitahu mengenai segala benda yang mereka lakukan bila persembahan. daripada lighting, musik dan sebagainya. Memang menarik.

Daripada apa yang kita alami dalam sesuatu persembahan, rupanya ada seseorang yang amat hebat berada di belakang tabir. Cahaya yang warna warni bergemerlapan, dan juga bunyi yang begitu outstanding..

GENTING6 GENTING7

Apapun semua anda juga boleh merasai sendiri pengalaman berada di belakang tabir ini di Genting Highland dengan bayaran serendah RM28 untuk seorang orang peserta. Hah! Berjalan la anda sampai penat kaki tu nanti..hahaha

AM: Apapun satu pengalaman yang bermakna sebab dapat mengetahui pekara yang baru. oh!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *