6 Sebab Kenapa Mesti Pilih Philea Resort & Spa di Ayer Keroh Melaka
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Apa khabar anda hari ni? Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua tentang Philea Resort & Spa di Ayer Keroh Melaka.
Untuk makluman semua, pada bulan lalu saya dijemput oleh team Projek Travel untuk bersama menginap di hotel 5 bintang, Philea Resort & Spa. Di sini bilik-biliknya dibina dengan menggunakan pine log yang diimport khas dari Rusia. Dengan pelbagai pengalaman yang saya lalui dapat saya kongsikan di sini untuk tatapan anda semua. Oh! Ini catatan peribadi saya ya. Kalau ada yang tidak berkenan, maafkan saya.
Untuk menyenangkan lagi penyampaian dan pembacaan anda, saya kongsikan di sini 6 sebab kenapa anda mesti memilih Philea Resort & Spa di Ayer Keroh Melaka ini.
1.Mudah untuk diakses/ tempat yang strategik.
Gambar dari Google (Rujuk di sini)
Untuk makluman semua, Philea Resort & Spa ini berada betul-betul di tepi laluan Lebuhraya PLUS. Jadi untuk sampai ke kawasan ini sememangnya mudah. Selepeas tol Ayer Keroh, anda terus akan nampak resort ini yang tersergam ini di kiri jalan anda. Tidak perlu melalui jalan yang berbatu-batu dan berbukit bukau untuk sampai ke resort eko seperti ini.
2. Pilihan bilik yang menarik.
Untuk makluman, di Philea Resort & Spa ini terdapat 3 jenis bilik untuk didiami oleh pengunjung dengan keseluruhan 183 bilik. Jenis bilik-bilik tersebut adalah, Pavillion Room, Philea Suite dan Royal Villa.
i. Pavillion Room
Bilik Pavillion ini sebanyak 180 kesemuanya. Harga penginapan untuk bilik ini bermula dari RM510 untuk satu malam.



ii. Philea Suite
Philea suite ini hanya 1 sahaja di Philea Resort & Spa ini. Bilik ini amatlah sesuai untuk pasangan yang datang berbulan madu

iii. Royal Villa
Royal Villa ini pula terdapat 2 di sini. Ini merupakan antara paling eksklusif kerana mengandungi segala yang lengkap. Villa ini mengandungi 2 bilik utama. Selain itu villa ini juga mempunyai private swimming pool, dapur, jakuzi dan ruang tamu yang cukup besar. Keluasan rumah ini boleh menampung 10 orang dalam satu-satu masa.
Antara orang kenamaan yang pernah menginap di sini ialah Datuk Seri Najib, Tun Dr Mahathir dan Datuk Shah Rukh Khan

3. Dekorasi dan pepohon kawasan resort yang menghijau
Resort ini menampilkan ciri kehijauan dengan menghasilkan suasana kedamaian dengan menampilkan pohon yang merimbun. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan hidup subuh di sini. Dan kalau tidak silap saya, lebih 20 jenis pokok tumbuh meliar di kawasan ini. Tidak lupa juga pohon-pohon hiasan yang ada dikawasan resort yang pastinya mendamaikan setiap mata yang memandang

4. Kemudahan lain yang menarik
Tak lengkap rasanya sesebuah resort tanpa kemudahan lain yang dapat digunakan oleh pengunjung. Oleh itu Philea Resort & Spa amat menitik beratkan soal keselesaan dan kemudahan untuk para pengunjung mereka. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah kolam renang, gym dan sauna.
i. Kolam renang Kolam renang di sini sememangnya luas dan dapat memuatkan beratus orang dalam satu masa. Apa yang saya perhatikan dan rasai sendiri kolam di sini adalah airnya begitu jernih dan tanpa bau klorin. Jadi bila berenang mata tidak terlalu pedih dan kemerahan. Memang menarik. Air sejernih kristal pastinya membangkitkan suasana yang seronok kepada pengunjung. Di keliling kolam adanya sungai dan air terjun buatan yang mengalir laju. Saya konfius adakah saya sekarang berada di tepi air terjun.

ii. Gymnasium Gymnasium juga dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 10 malam untuk memudahan para penghuni resort. Terdapat beberapa alatan utama yang apat digunakan oleh pengnjung untuk latihan kardio dan latihan bebanan. iii. Sauna Ini yang paling menarik bagi saya. Tidak hanya mempunyai gymnasium, Philea Resort & Spa juga mempunyai sauna di dalam gym mereka. jadi setelah penat di gym, bolehlah berpeluhkan lagi badan anda di dalam sauna. Pastinya badan anda akan lebih segar selepas itu. I like it
5. Servis spa yang menarik dan mendamaikan
Sudah namanya Philea Resort & Spa, sudah pastinya resort ini mempunyai khidmat spa di dalam resort mereka. Spa di sini diberi nama Tanjung Wellness Spa. Di sini terdapat beberapa bilik untuk sesi spa yang berlangsung. Bilik-bilik berada di celah-celah kehijauan pokok-pokok. jadi memang mendamaikan mata yang memandang. Pekerja yang mengendalikan spa juga merupakan pekerja yang terlatih.
6. Seleksi pilihan makanan di beberapa tempat makan yang berlainan.
Untuk makluman semua, di Philea ini terdapat pelbagai tempat untuk anda menikmati makanan. Sarapan, makan tengahari dan makan malam disajikan di tempat yang berbeza.
Macamana? Cukup tak dengan pelbagai sebab yang saya kemukakan ini? Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai pengalaman menarik saya ini, anda boleh kemukakan di ruangan komen di bawah. Saya akan cuba menjawab segala pertanyaan anda. Namun, jika pertanyaan mengenai Philea Resort & Spa secara umumnya, anda boleh kunjungi laman web Philea Resort & Spa di
Alamat:
Philea Resort And Spa
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh
Off Jalan Plaza Tol
75450 Malacca
Malaysia
Web:
http://www.phileahotel.com.my
Facebook:
www.facebook.com/philea.resort.melaka
Wah, siap dengan sauna, pasti pengalaman manis menginap di sini.
memang manis, kalau anda berkesempatan bolehlah berkunjung sama ke sini.
Dahsyat gambar, semua cantik-cantik belaka. Pakai kamera apa ya?
kita pakai kamera biasa-biasa je awak. Lagipun memang scenery dia lawa kat sini.