October 13, 2024
Food

Resepi Bubur Barli – Mudah dan Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai resepi bubur barli.

resepi bubur sagu yang telah terhasil
Bubur barli yang telah saya hasilkan. Sedap!

Saya ingin kongsikan ini kerana ianya cukup mudah dan senang dibuat. Bahan yang digunakan juga ringkas. Hanya beberapa bahan dah siap untuk dimakan.

Bahan-bahan

1. Barli (100 gram)
2. Gula Melaka (2 keping)
3. Gula Pasir (3 sudu besar)
4. Santan (1 pek 250 ml)
5. Daun Pandan (1 keping)
6. Garam (secubit)

Cara untuk memasak

  1. Bersihkan barli dan masukkan ke dalam periuk bersama 1 liter air. Saya guna 100 gram sahaja barli sebab kat rumah saya hanya ada 2 orang. Cukuplah sekadar banyak itu sahaja.
  2. Seterusnya setelah barli masak, bolehlah tambahkan daun pandan, gula pasir dan gula melaka.
  3. Setelah semuanya larut, masukkan satu pek santan. Saya guna santan segera sahaja kerana waktu entri ini ditulis, negara kita berada dalam keadaan perintah perjalanan terhad (MCO), jadi santan kotak je yang ada.
  4. Akhir sekali, masukkan secubit garam ke dalam bubur kita. Ini supaya rasa yang terhasil dari bubur ini tidaklah hambar dan ada sedikit rasa masin.
  5. Siap! Bolehlah dihidangkan. Ada yang suka makan semasa sejuk, tapi saya lebih gemar makan semasa panas-panas.

Pesanan: Gula pasir boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing. Nak manis, tambahkan lagi. Nak biasa-biasa kurang manis bolehlah buat seperti saya. 🙂

Apapun selamat mencuba untuk semua. Nanti kongsilah bagaimana anda hasilkan bubur barli anda menggunakan resepi bubur barli yang telah saya kongsikan ini.

Untuk anda yang inginkan lebih banyak resepi menarik yang saya hasilkan bolehlah mengklik di mana-mana pautan yang ada dalam blog saya ini. Kerana banyak lagi resepi menarik, mudah yang saya hasilkan. Ini sebabnya saya seorang yang pemalas kalau bab masak ni. Asal masak sedap sudah. Tak suka sesuatu yang rumit dan melecehkan. Lelaki, biasalah!

Resepi Bubur Sagu – Sanggupal

Selamat mencuba!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Resepi Bubur Barli – Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *