#amirmasak: Resepi Bubur Sagu – Sanggupal
Resepi Bubur Sagu Sanggupal |Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan resepi membuat Bubur Sagu atau orang Kelantan panggilnya sebagai sanggupal.
Sudah lama rasanya saya tidak menulis dalam segmen #amirmasak ini. Apakan daya sibuk! Baiklah kali ini menu yang cukup mudah dan enak dinikmati sekarang. Almaklumlah sekarang ni musim banjir. Sejuk! Enak juga menjamah pencuci mulut sebegini.
Bahan-bahan:
1. Sagu
2. Santan
3. Daun pandan
4. Gula dan garam
5. Pewarna jika perlu
6. Halia dan halba
Caranya:
1. Letakkan sagu di dalam bekas dan tuang air panas. Ini adalah untuk memastikan sagu melekat antara satu sama lain. Kalau tuang sagu trrus dalam periuk ia akan jadi sagu sebiji-sebiji. Tak jadi la sagu seketul-seketul tu.
P/s: Kalau nak ada warna, letak la pewarna. Nak warna pelangi pun boleh.
2. Sediakan periuk lain di atas dapur. Masukkan air dan santan.
3. Potong sagu tadi dan masukkan ke dalam periuk. Masukan juga gula dan garam mengikut citarasa. Jangan dilupa halia, daun pandan dan halba tadi
4. Siap!
AM: Sebenarnya ni bukan saya yang masak tapi ibu saya. Lain kali boleh la saya buat sendiri 🙂
wau pandai masak,, mesti sedap ni kan? – kedaionlinemy.com
Semestinya! Masuk bakul angkat sendiri ni
Pandai Amir memasak rupanya. . Senanglah orang rumah Amir nanti… 😉
hehehe. Rajin juga memasak tapi masakan mudah-mudah sahaja.
Lepas ini boleh jemput kawan-kawa makan bubur sagu
Boleh-boleh. Mudah sahaja nak buat nih..
Pingback: Resepi Bubur Barli - Mudah dan Sedap - AMIRNAWAWI