Penipuan Menggunakan Nama TNB
Assalamulaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua brada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya.Dalam entri kali ini ingin saya kongsikan email penipuan yang menggunakan nama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Semua sudah sedia maklom bahawa terdapat pelbagai penipuan internet pada zaman sekarang. Namun ini meupakan pertama kali saya menerima email dalam Bahasa Malaysia tepat. Sebelum ini biasa juga dapat email dalam bahasa Malaysia. Tapi bahasa Malaysia dari Google translate la. Berterabur! Email dalam bahasa Inggeris pun dah selalu.
Pesanan saya semoga kita semua tidak mudah tertipu dengan email yang menawarkan sejumlah wang. Siapa yabg nak bagi kita duit secara percuma? Nak duit silalah kerja!
Masih ada ke orang yang percaya dengan penipuan sebegini zaman sekarang?
Mesti ada, sebab tu mereka masih bergiat aktif. Kalau tiada sambutan, masakan mereka masih ada.
AM: Entri khas untuk program Memandaikan Bangsa..
rajin betul diorang nak menipu ye..
Tu la. Kalau rajin tolong mangsa banjir kan best
Anis pun ada dapat! Isy, bahaya betul sekarang ni. Kalau ada suspicious email je mesti delete terus.
Itu la. Licik juga ayat yang digunakan mereka ini. Semoga kita tidak terpedaya
Saya dah tak larat nak baca email-email penipuan nacam ni.. ada sahaja email macam ni yang menerjah masuk di ruangan spam aksun email saya. . Terima kasih di atas perkongsian info. .. semoga kita tidak mudah terpedaya dengan penipu2 ini..
Ya. Semoga rakyat Malaysia celik belaka. Bila semua celik, takde la mereka ni buat kerja macam ni lagi
Tak pernah dengar jabatan ganjaran TNB.. haha.. lawak juga.. hehe