May 1, 2024
Food

Resepi Nekbat Kelantan – Mudah dan Sedap

Resepi Nekbat Kelantan | Assalamualaikum dan salam sejahtera keapda semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Resepi Nekbat Kelantan.

Nekbat merupakan salah satu makanan yang cukup terkenal dari pantai timur. Kalau datang ke Kelantan atau Terengganu, makanan ini sememangnya popular. Nekbat boleh diketegorikan sebagai makanan pencuci mulut kerana biasanya dimakan sesudah makan makanan berat.

Kalau sebut sahaja nekbat, saya yakin ramai penduduk negeri ini yang kenal akan makanan tradisi ini. Bagi yang tinggal di luar negeri, sememangnya akan merindui Nekbat apatah lagi ketika tibanya bulan Ramadan. Memang rindulah nak rasa. Nak balik ke kampung halaman sekarang pun tak boleh. Jadi solusinya, pesan sajalah kalau nak makan.

Untuk makluman, Nekbat mempunyai 2 komponen utama iaitu nekbat dan bahan untuk siranya. Untuk buat nekbat amatlah leceh dan menyusahkan. Kalau setakat nak makan sekeluarga tu, saya cadangkan utnuk beli sahaja. Harga pun cukup murah dan boleh beli di Shopee sahaja. Tak perlu berkecah di dapur untuk buat Nekbat ini.

Link Nekbat di Shopee: https://shp.ee/kgmfsa2

Resepi Nekbat Kelantan di Shopee
Antara penjual yang menjual Nekbat segera di Shopee. Harganya pun cukup murah

Seterusnya adalah untuk proses sira Nekbat ini pula. Caranya cukup mudah sahaja. Hanya perlu gula, air dan daun pandan.

Gula : 1 cawan (ikut tahap kemanisan sendiri)
Air: 500 ml
Daun pandan: 1 keping

Ada resepi dari sesetengah tempat, mereka letak juga bunga cengkih untuk menaikkan lagi bau nekbat ini. Kalau anda tak suka tak payah letak pun tak apa.

Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk dan kacau sehingga masak. Seterusnya biarkan air sira itu tadi sedikit suam sebelum memasukkan nekbat kedalamnya. Ini petua mak saya adalah untuk mengelakkan nekbat menjadi terlalu soggy sekiranya dimasukkan dalam keadaan yang panas menggelegak. Kiranya air sira itu tadi jangan terlampau panas dan juga jangan sejuk.

Seterusnya bolehlah masukkan ke dalam peti ais dan tunggu sehingga ianya kedinginan. Sedap dimakan ketika sejuk. Nyummss.

Jemput makan semua 🙂

Untuk resepi menarik lain: Klik di sini

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *