October 4, 2024
Hal-hal Semasa

Segelas Air, Sekilo Gula..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua yang membaca blog saya ini. Semoga semuanya sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada penulisan kali ini ingin saya kongsikan sedikit permasalahan yang sedang saya fikirkan. Mungkin anda semua pernah alaminya juga.

Semenjak subsidi gula dtikurangkan ini, semakin banyak pula harga makanan serta minuman yang naik. Alasannya kerana harga gula naik. Namun persoalannya ialah, adakah kenaikan harga gula 20sen, makan segelas air pun kena naik 20sen?

Pendapat anda?

Logik? Memang logik la kalau ikut perkiraan biasa. namun SEKILO gula naik 20 sen, segelas air pun naik 20sen? Padahal sekilo gula tu boleh buat berapa banyak gelas air. Fuh!

Paling minima pun 10 gelas air. 10x20sen = RM2.

Nampaknya bila sekilo gula naik 20 sen, peniaga boleh upp unjuran keuntungan RM2. Nampak tak permainan mereka? hahaha

Something to ponder jer sebenarnya..

Nak jimat? Beli gula sendiri dan buat jer air kat rumah.. wakaka

AM: Bila gaji nak naik ni?

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

14 thoughts on “Segelas Air, Sekilo Gula..

  • Itulah dia namanya peniaga tamak. Punca kenaikkan harga barang ni memang mereka la puncanya. Konon gula naik harga, alasan tak masuk akal. Pastu bising la harga bahan mentah baik, terpaksa naikkan barang.. Sebenarnya nak kaut untung berkali ganda. Itu semua punca kehancuran..

    Reply
  • Betul tu… Tak patut… Memang tak patut peniaga buat macam tu dekat kita…

    Reply
  • Permainan mereka takkan berjaya kalau pelanggan tak datang. Elakkan bertandang ke kedai macam ni.

    Reply
  • ini tidak patut..kalau naik harge RM2.xkan air milo nak naik Rm2 jugak kan..hee..semua nak fikir untung je..kita lak kena fikir untung sendiri dengan buat air kat rumah je kan 🙂 lebih untung!

    salam perkenalan dari group projek Legacy Secret Product 🙂

    Reply
    • Kita plak kena fikri macamana nak cari duit nak bayar kenaikan ini..haha

      Reply
  • sekarang..gi mana-mana aku bawak satu botol air kosong.

    Dah jarang dah order air kat kedai. order makanan je. haha..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *