Seleksi D’Menc dari Afy Haniff Untuk Anda
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua mengenai produk terbaru dari Afy Haniff iaitu seleksi D’Menc Fabric Wangi dan juga Air Freshner.
Bagi anda semua yang telah mengikuti Facebook dan Instagram saya pastinya telah membaca perkongsian ringkas saya mengenai produk ini. Ya! Saya sendiri yang pakai produk ini dan dengan itu saya kongsikan dengan anda semua berdasarkan pengalaman saya sendiri. (sambil menghidu bau vanilla)
Untuk makluman semua, dalam rangkaian produk D’Menc ini, terdapat 2 jenis produk iaitu Fabric Wangi dan juga Air Freshner. Kedua-dua produk ini dikeluarkan oleh pihak Afy Haniff yang sebelum ini terkenal dengan produk berasaskan serai wangi mereka. Namun kali ini 2 produk baru ini dikeluarkan untuk kegunaan anda di rumah.
1.D’Menc Fabric Wangi
Produk D’Menc Fabric Wangi ini terdapat dalam 4 pilihan wangian yang boleh dipilih. Ianya adalah Lemon Tree, Lavender, Strawberi & Vanilla. Produk ini boleh digunakan untuk mewangikan fabrik anda seperti langsir, baju dan sebagainya. Namun untuk langkah keselamatan, guna dahulu produk ini pada bahagian yang tidak kelihantan. Jika bersesuai dengan pakaian anda, makan bolehlah digunakan secara menyeluruh.
Dalam 4 seleksi pilihan ini, terdapat 2 yang boleh digunakan sebagai semburan untuk menggosok pakaian iaitu vanilla dan juga lavender. Ini adalah kerana ia mempunya kanji atau (starch) dalam kandungan mereka yang sesuai untuk anda gunakan semasa menggosok pakaian.
Cara guna cukup senang
- Goncangkan D’Menc Fabric Wangi
- Halakan kepada fabrik yang diinginkan
- Sembur keseluruh bahagian fabrik
- Siap!
Cukup senang bukan? Setelah fabrik kering, maka wangian yang disembur akan berkekalan mengikut semburan yang anda gunakan. Saya suka vanila. What about you?
Dapatkan produk D’Menc Fabric wangi ini di rangkaian pasaraya Tesco, Giant dan Aeon Big.
2. D’menc Air Freshner
D’Menc Air Freshner ini juga menyediakan 4 jenis bauan yang berbeza untuk anda miliki. Ianya adalah Tutty Frutty, Green Apple, Vanilla dan Autumn yang wangi dan menyegarkan. Sesuai dengan tagline produk ini iaitu membawa anda ke dimensi yang baru.
Bauanya yang menyegarkan dan jarang untuk kita temui sememangnya sesuai untuk digunakan di dalam kereta dan juga di dalam rumah anda. Letak sahaja di tempat yang anda inginkan dan ia akan mengeluarkan bauan yang sememangnya menenangkan dan mendamaikan susasana.
Saya gunakan ia untuk ruang tamu rumah saya. Gantung sahaja di kipas dan bauannya bertebaran ke seluruh rumah sesuai dengan pergerakan angin.
Cara gunakannya pun cukup mudah
- Buka penyumbat botol
- Pasangkan penutup kayu botol
- Terbalikan botol
- Gantung di tempat yang anda inginkan
Dan bauan yang harum itu akan bertebaran di segenap ruang yang anda letakkan Air Freshner ini. Cukup senang digunakan dan tahan lama sehingga 60 hari. Wah! Cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan ini.
Untuk yang berminat mendapatkan D’Menc Air Freshner ini bolehlah dapatkannya di pasaraya Tesco dan Giant di seluruh negara termasuk Brunei.
Bagi yang mempunyai persoalan ataupun sebarang cadangan bolehlah menghubungi pihak Afy Haniff Bena & Bekal Sdn Bhd melalui medium di bawah.