October 4, 2024
Lain-Lain

Spam Komen di Blog Semakin Menjadi-jadi

Spam Komen di blog

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca yang dikasihi sekalian, Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi dan menanyakan pendapat kepada semua pembaca mengenai cara terbaik untuk mengatasi spam di blog

Semenjak dua menjak ini, spam komen semakin menjadi-jadi. Sehari boleh dapat lebih kurang seribu spam. padahal saya PR2 sahaja. Kalau dulu tak sampai 20 pun komen sehari. Padahal dulu PR3. Kalau dulu semasa komen sikit tu bolehlah saya cek spam tu sebab ada juga komen itu komen betul dari kawan blogger, terlepas masuk ke spam.

spam 2

Namun sekarang setelah kebajiran spam ini, saya tidak tengok lagi. Terus clear spam. Maaflah kalau ada komen kalian yang tidak muncul. Itu mungkin kerana telah masuk ke kotak spam. Bukan itu sahaja, komen spam juga ada terlepas masuk ke ruangan komen biasa.

Antara komen spam yang terlepas masuk ke ruangan komen biasa
Antara komen spam yang terlepas masuk ke ruangan komen biasa

Nampaknya plugin tidak dapat menapis lagi komen-komen berbentuk spam ini. Blog sudah menjadi tidak kebal. Apapun saya nak mintak pandangan anda semua apa yang patut dilakukan untuk mengelakkan spam ini bermaharajalela di blog kita? Ke biarkan aja dia bersarang?

Any ideas?

AM: Spam dari penjual produk pun ada jugak. Chooi nak iklan free kat blog aku nih..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

9 thoughts on “Spam Komen di Blog Semakin Menjadi-jadi

  • Samalah Bro.. Spam komen dekat blog saya pun semakin menjadi-jadi terutamanya dekat entri yang ramai orang minat nak baca.. huhuhu

    Reply
  • Blog aku guna Akismet + GASP.. Alhamdulillah spam dah kurang.. komen2 spam tu kalau boleh tengok dulu sebelum clear.. kalau ada nampak komen spam dari ‘orang’ yg sama, amik email dia atau URL dia masukkan dalam ruang Comment Blacklist kat setting Discussion..

    Reply
    • Ok, terima kasih Tuan Anarm atas perkongsian ini. Banyak dah kena block nih.. Satu IP tu sampai beratus spam..

      Reply
      • Betul cakap anarm tu.. Install GASP dengan activatekan akismet je, reda la sikit SPAM yang masuk tu.. Kat bumi di kan berbillion IP ada.. hehe

        p/s: Aku tgh test disqus skarang.. macam okay ja..

        Reply
  • Perasan juga benda ni lepas wordpress upgrade ke 3.9. Akismet dan GASP pun boleh tewas. Rasanya kena set approve comment dulu kot baru berkurangan..

    Reply
    • Tu la, tapi rasa macam leceh pula nak kena approve satu demi satu

      Reply
  • Pingback: Pentingkah Tinggalkan Komen?- Pencerahan Dari Denaihati - amirnawawi

  • saya mengalami masalah yang sama.. last-last saya lump sum delete spam.. tak larat nak check

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *