Pentingkah Tinggalkan Komen?- Pencerahan Dari Denaihati
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga semunya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada kali ini saya ingin sekali berkongsi pasal Denaihati. Ya! Pasal Denaihati sekali lagi. Mungkin yang tertanya-tanya kenapa saya asyik ambil port bila pasal Denaihati.
Jawapannya cukup mudah, kerana blog dialah antara yang menjadi rujukan saya! My mentor in blogging! Jika sebelum ini banyak sudah saya tulis mengenainya, jika ada yang terlepas bolehlah rujuk di sini. Baiklah kali ini saya ingin berkongsikan kepentingan meninggalkan komen di blog yang anda lawati.
Pernah baca status dari Empunya Denaihati di facebook. Antara yang beliau coretkan ialah,
Tidak kisahlah bila anda komen di blog tapi komen anda tidak berbalas. Yang penting anda berjaya tinggalkan link blog anda di blog PR yang tinggi antaranya Amanz.
Begitulah kalau tak silap saya apa yang ditulis beliau di facebook tempoh hari. Ramai kita yang tinggalkan komen dan berharap komen kita itu dibalas, namun sebenarnya yang lebih penting ialah kita berjaya tinggalkan jejak di blog yang PR nya lebih tinggi. Itu yang utama. Sebelum ini saya pun agak sentap juga bila komen di blog, tapi komen tak dibalas pun. tapi lepas baca status itu, baru saya sedar. Eh! hahaha
Berbalik kepada tajuk asal, pentingkah tinggalkan komen di blog yang kita lawati? Dibawah saya senaraikan beberapa kebaikan tinggalkan komen di blog.
1- Memberi kesedaran kepada tuan blog yang kita pernah berkunjung ke blog beliau.
Kalau kita tidak komen, macamana tuan rumah nak tahu kehadiran kita kan? Jadi seeloknya bila bertandang ke blog orang lain tuh, sudikanlah untuk komen berkenal-kenalan.
2- Memberi pulangan trafik kepada blog.
Biasanya bila kita komen akan muncul plugin Commentluv kan? Dan secara tidak sengaja kita telah berjaya mengpin entri kita disitu. Kalau diblog yang banyak trafiknya, sudah entu akan ada yang klik entri kita tadi.
3- Menambahkan networking dalam bidang blogging.
Saya selalu diajar oleh senior bloggers untuk sentiasa blogwalking. Bukan setakat blogwalking sahaja, tapi tinggalkan jjak kata mereka. Kerana ini adalah salah satu networking dalam bidang ini.
4. Bertanya mengenai tentang sesuatu topik.
Ada entri yang mungkin kita tidak faham tentang sesuatu, jadi dengan meninggalkan apa yang terbuku di hati diruangan komen itu mungkin akan mendapat respond dari admin atau pembaca blog yang lain. Contohnya kalau entri berkisarkan tentang Avation, dan kita tak faham akan sesuatu yang ditulis, kita boleh bertanya diruangan komen entri tersebut.
5. Berkongsi pendapat mengenai sesuatu
Pemaham setiap manusia adalah lain-lain. jadi tidak hairanlah jka pendapat kita berbeza dengan penulis blog tersebut. jadi kita boleh salurkan pendapat kita mengenai sesuatu topik diruangan komen jika kita rasa apa yang kita patut suarakan itu sesuai dengan topik yang dibincangkan. Negara kita negara demokrasi, semua orang berhak bersuara..haha
Itu adalah beberapa kepentingan meninggalkan komen ketika blogwalking. Tidak dinafikan banyak sangat kebaikan meninggalkan komen ini. Namun pastikan komen yang kita tinggalkan itu berkualiti. Jangan mentang-mentang nak tinggalkan link kita, baca entri TAK HABIS PUN, TERUS NAK KOMEN. Pernah juga saya terima komen yang tiada kaitan langsung dengan entri. Nampak sangat dia tak baca entri.
Apapun blog Denaihati tidak sunyi dengan pelbagai komen. Pasti setiap entri yang ditulis menerima pelbagai komen. Saya yakin, banyak juga spam. Almaklumlah blog tersohor. Saya blog yang PR2 ni pun dah banyak terima komen spam nih. Tapi ok la kalau takde haters. Ada blogger tu siap ada haters lagi. Bila kita berada di atas nih, ramai la yang dengki kan? Jadi berhati-hati la..
Back to topic, jadi berikut adalah entri yang mempunyai banyak komen sepanjang tahun 2012-2013 di blog Denaihati. Dan kebanyakkannya dari entri kontest. Susunan mengikut yang lama hingga terbaru.
1) 8 Februari 2012
iPhone 4S Gadget Impian Cikgu Naman (846 komen dan 292 sebaran)
2) 11Februari 2012
iPad 2 Gadget Impian Hans (1029 komen dan 273 sebaran)
3) 16 Februari 2012
iPhone 4S Gadget Impian PuanBee.com (3442 komen dan 1.4K sebaran)
4) 16 Februari 2012
Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zulseffort (957 komen dan 729 sebaran)
5) 17 Februari 2012
Nikon D90 gadget Impian MJ (2525 komen dan 299 sebaran)
6) 18 Februari 2012
iPhone 4S Gadget Impian Yanmie ( 3782 komen dan 2.2K sebaran)
7) 20 Februari 2012
Macbook Air Gadget Impian Ariff Shah ( 3478 komen dan 2.1K sebaran)
8 ) 7 Jun 2012
Jadual EURO 2012 (1256 komen dan 43 sebaran)
9) 10 Jun 2012
Euro 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak ( 1543 komen dan 49 sebaran)
10) 28 April 2013
Melastik Bintang Usaha Untuk Capai Matlamat (907 komen dan 374 sebaran)
Nampak tak semua komen beribu-ribu tuh? Blog aku ni paling banyak pun ratus-ratus.. Tapi kalau tambah spam tu maunya ribu-ribu jugak..hehe. Apapun teringat juga pesanan senior, kalau nak komen banyak, traffik pun kena kencang. Nak traffik kencang, kena usaha lebih la. Aku pun sedang berusaha. Dan syukur dan semakin naik traffik blog ini. 3 kali ganda dari biasa. Ok la tuh. Tapi belum sampai 1K UV sehari. Tapi kalau pages view tu alhamdulillah dah sampai dah biasanya..
Apapun saya nak buat ucapan khas untuk TUAN Haji AMIR iaitu pemilik blog Denaihati,
SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI. TERIMA KASHI ATAS SEGALANYA.
Rupanya hari lahir beliau hari ini (semasa entri ditulis). Saya tak pasti pula yang keberapa, namun semoga Tuan berbahagia sentiasa.
Sekian sahaja entri kali ini. Sudah lewat jugak ini. Kena masuk tidur. Semalam dah berjaga sampai pagi..hehe. Kira komen punya pasal..ZZZz
AM: Selamat pagi, eh selamat malam buat semua.. ZZzZZzz
Aura tuan Amir ni memang hebat kan..
Salah seorang blogger yang paling mantap pencapaiannya, kesemua info dari blog beliau mendapat komen yang banyak
yang berdot com ni semua hebak-hebak
Mung pulok bilo nk tukar dot com nyo?
entah
Tapi yang tak syok ialah bila kita pasang spam filter pun, banyakk sangat komen-komen spam yang terlepas masuk dalam blog. Kadang-kadang dalam sehari tu ada dekat 20 🙁
Tu la. Banyak sangat ni masuknya. Jenuh nak mendelete..
salam kenal ye en. amir….umur 16 ek? comel sgt….tinggalkan jejak kat sini….hehehe
Ya, saya yang umur 16 itu..hahaha
bagi aku penting gak sebenarnya.
hoho..salah satu cara promosi paling mudah.